Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSyarikat perjudian nafi biayai kempen pilihan raya

    Syarikat perjudian nafi biayai kempen pilihan raya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    RGB International Bhd menafikan syarikat itu terlibat dalam sebarang bentuk pembiayaan kempen pilihan raya seperti yang sedang disiasat oleh SPRM.

    Syarikat itu berkata demikian ketika mengulas laporan yang mendakwa eksekutif tertinggi mereka telah ditangkap oleh suruhanjaya antirasuah berkenaan.

    “Lembaga pengarah ingin menjelaskan bahawa RGB Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh syarikat itu hanya melakukan penjualan langsung mesin slot dan aksesorinya, serta tidak mempunyai penglibatan atau pemilikan dalam kelab slot Malaysia.

    “Syarikat ingin menyatakan bahawa ia tidak dan tidak akan membenarkan sebarang bentuk ‘pembiayaan politik’,” kata RGB International Bhd dalam satu kenyataan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) semalam.

    Syarikat itu menegaskan bahawa pengarahnya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana ahli politik dan sedang bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan SPRM.

    Menurut syarikat itu, mereka mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap sogokan dan rasuah serta menjunjung standard pematuhan yang tinggi.

    “Jika mana-mana pihak menyimpang daripada pendekatan toleransi sifar syarikat, kami akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi kepentingan pemegang saham dan semua pemegang kepentingan yang relevan,” kata kenyataan itu.

    Adalah dilaporkan hari ini bahawa siasatan SPRM didakwa menemui bukti yang menunjukkan bahawa dana daripada beberapa syarikat perjudian digunakan untuk membiayai sekurang-kurangnya tiga kempen pilihan raya sejak 2018.

    SPRM dikatakan mendapati dana bernilai RM6 juta hingga RM7 juta itu dipercayai diterima orang kenamaan dan pemimpin politik selepas syarikat perjudian tersebut diberi lesen mengoperasikan aktiviti mesin slot di kelab persendirian dan persatuan dimiliki syarikat pengendali mesin judi.

    Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan telah ditahan dan lebih ramai lagi akan dipanggil bagi menyelesaikan skandal perjudian membabitkan rasuah berkenaan.

    [Baca berita penuh]

    ALSO READ:  2nd LD Writethru: Soldier wounded in knife assault in Paris

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts