Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSyarikat perlu bayar gaji pekerja asing meski tiada kerja - Menteri

    Syarikat perlu bayar gaji pekerja asing meski tiada kerja – Menteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan hari ini telah mengeluarkan amaran kepada majikan yang mendatangkan pekerja asing ke negara ini supaya membayar gaji pekerja mereka walaupun pekerja tersebut tidak diberi kerja.

    Dalam satu sidang media, Menteri Sumber Manusia Steven Sim memberi amaran kepada majikan yang ingkar bahawa kegagalan membayar gaji merupakan suatu pelanggaran undang-undang buruh negara.

    Beliau menyatakan, “Pekerja berhak untuk menerima gaji walaupun tidak melakukan kerja. Oleh itu, pendirian kita selepas ini ialah setiap pekerja yang datang ke Malaysia wajib diberi gaji sama ada mereka bekerja atau tidak,” katanya semasa sidang media di Putrajaya petang ini.

    Sim juga menyatakan bahawa keputusan ini telah dicapai semasa mesyuarat jawatankuasa bersama pengurusan pekerja asing antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri yang diadakan awal hari ini.

    [Laporan penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts