Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSyed Saddiq: DAP sudah jadi ‘lapdog’ Zahid

    Syed Saddiq: DAP sudah jadi ‘lapdog’ Zahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menuduh DAP sebagai ‘lapdog’ kepada Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi. Bidasan tersebut dibuat susulan kenyataan naib pengerusi DAP Nga Kor Ming yang menasihatkannya supaya berbincang dengan kepimpinan kerajaan campuran sebelum mengugut untuk menilai semula sokongannya. Mengulas kenyataan Nga, Syed Saddiq turut melabelkan DAP sebagai “hipokrit, gila kuasa, dan tiada prinsip”.

    Melalui satu hantaran di applikasi X, presiden Muda itu berkata Nga pernah menuduh presiden Umno itu korup, dan bekas perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebagai boneka Zahid. “Kini dia yang jadi puppet sucikan orang korup kerana jawatan Menteri,” ciapnya.

    Isnin lalu, Syed Saddiq memberikan amaran untuk menilai sokongan terhadap kerajaan serta turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan dalam kes mahkamah Zahid yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).

    Nga dalam reaksinya berkata bahawa adalah lebih “profesional” untuk Syed Saddiq membincangkan perkara itu dengan kepimpinan kerajaan hari ini. Menteri itu menambah bahawa DAP tidak akan sekali-kali menarik balik sokongannya kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di sebalik kemelut yang menyelubungi pelepasan yang diberikan kepada Zahid.

    Anwar menerajui Putrajaya pada November tahun lalu dengan disokong oleh 148 daripada 222 anggota parlimen, dan ini merupakan jumlah asas untuk membentuk majoriti dua per tiga dalam Dewan Rakyat. Jumlah 148 itu adalah termasuk Syed Saddiq, yang merupakan ahli parlimen Muar dan secara teori, kerajaannya menikmati majoriti dua pertiga dan boleh meminda Perlembagaan Persekutuan.

    Bagaimanapun, ketika ini kerajaan mempunyai 147 ahli Parlimen selepas kerusi Pulai kosong berikutan kematian Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub. Jika Amanah memenangi semula kerusi Pulai pada hari Sabtu, ini akan memberi kerajaan 148 ahli Parlimen sekali lagi. Bagaimanapun, jika Muda meneruskan ancamannya, kerajaan akan kembali dengan 147 ahli Parlimen.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts