Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah didapati bersalah atas empat tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Pemuda Bersatu berjumlah RM1.12 juta.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyatakan bahawa Syed Saddiq, bekas ketua Pemuda Bersatu, gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa oleh pasukan pendakwaan.
Hakim Azhar Abdul Hamid dijangka akan mendengar penghujahan lisan daripada pendakwaan dan pembelaan berhubung hukuman yang akan dikenakan ke atas ahli Parlimen Muar itu.
Syed Saddiq, yang berusia 30 tahun, boleh menghadapi hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun, sebatan, dan denda, bergantung kepada keputusan mahkamah.
[Berita lanjut menyusul]