Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesSyor gred tunggal beras: KPKM bincang dengan kementerian lain

    Syor gred tunggal beras: KPKM bincang dengan kementerian lain

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan berbincang dengan beberapa kementerian lain berhubung cadangan mewujudkan hanya satu gred tunggal beras putih dan tidak perlu lagi melabelkannya dengan beras putih tempatan (BPT) atau beras putih import (BPI) seperti sekarang.

    Menteri KPKM, Mohamad Sabu, menyatakan bahawa perbincangan tersebut dijalankan secara menyeluruh termasuk berkaitan isu mahu menyelaraskan hal berkaitan padi pada masa akan datang.

    “Kami (KPKM) akan mengadakan perbincangan dengan Gabungan Pengilang Beras Malaysia yang mencadangkan perkara tersebut.

    “Selain itu perbincangan turut dibuat bersama beberapa kementerian lain antaranya Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

    “Sekurang-kurangnya empat kementerian akan terlibat dalam perbincangan itu untuk menyelaraskan hal padi pada masa akan datang.

    “Cadangan berkenaan kita boleh terima dan boleh juga kita tolak… jadi perlu diadakan perbincangan lanjut terlebih dulu,” katanya kepada pemberita di Kepala Batas malam tadi.

    Mohamad yang juga presiden Amanah ditemui selepas merasmikan mesyuarat tahunan parti itu bagi kawasan Kepala Batas di Dewan Datuk Haji Ismail Che’ Chik, Penaga.

    Terdahulu Mohamad diminta mengulas cadangan Gabungan Pengilang Beras Malaysia yang mahu badan Kawalselia Padi dan Beras KPKM mewujudkan gred tunggal untuk beras putih dan tidak perlu lagi melabelkannya dengan BPT dan BPI.

    Pengerusi gabungan itu, Marzukhi Othman, dilaporkan berkata langkah itu penting untuk memastikan tiada sebarang manipulasi di peringkat pemborongan sekali gus boleh mengelakkan pengguna tertipu.

    Sementara itu, dalam perkembangan lain Mohamad berkata Amanah sekali mengulangi pendirian iaitu menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang kosong selepas kematian Allahyarham Salahuddin Ayub.

    ALSO READ:  China zoo's bear: fact or man in disguise?

    “Serah pada PM (perdana Menteri), PM ada kuasa… saya kata kami (Amanah) mengharapkan jawatan Menteri itu (KPDN) tapi hak perdana Menteri untuk tentukan (siapa yang dipilih sebagai Menteri) kerana kabinetnya,” kata Mohamad.

    Dia juga memaklumkan Amanah menyerahkan nama calon jawatan Menteri itu kepada Anwar.

    Jawatan Menteri KPDN ketika ini dipangku sementara oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali, dibantu Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh.

    Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 23 Julai lalu ketika dirawat di unit rawatan rapi.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts