Ong Kian Ming berpandangan subsidi bersasar akan diterima baik oleh golongan berpendapatan tinggi (T20) jika dasar itu dapat memacu pertumbuhan ekonomi sehingga meningkatkan pendapatan mereka.
Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengakui mereka akan menjadi golongan yang paling terkesan apabila perlu membayar Harga minyak mengikut kadar pasaran, selain kemungkinan kenaikan harga barang ekoran pelaksanaan dasar itu.
Dia berkata kerajaan juga harus memastikan dasar itu dilaksanakan dengan telus dan cekap.
Dalam Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung pada 21 Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kabinet setuju untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi diesel, dengan jangkaan penjimatan kira-kira RM4 bilion setiap tahun.
Anwar berkata langkah tersebut akan dijalankan di Semenanjung Malaysia saja memandangkan penggunaan diesel yang meluas di Sabah dan Sarawak.
Pada masa sama, dia berkata subsidi diesel akan diteruskan untuk 10 jenis pengangkutan awam dan 23 pengangkutan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi, bagi mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak.
Butiran lanjut mengenai langkah tersebut akan diperincikan oleh kementerian berkaitan tidak lama lagi, katanya lagi.
Mengulas lanjut, Ong berkata jika dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, impak penyelarasan subsidi kepada kos sara hidup tidak akan dirasai begitu serius.
âHal ini kerana syarikat-syarikat logistik akan diberi fleet card untuk mendapatkan diesel dengan harga lebih rendah dari pasaran,â katanya.
‘Kenaikan harga minimum’
Ia turut dipersetujui pakar ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Ahmed Razman Abd Latif, yang berkata peniaga tiada alasan untuk menaikkan harga barang memandangkan pengguna kenderaan diesel komersial akan kekal mendapat subsidi.
âJika masih berlaku kenaikan, kenaikan dijangka minimal kerana kadar inflasi pada saat ini amat rendah, iaitu sekitar 1.8 peratus.
âJika berlaku kenaikan, kemungkinan kenaikan itu akan masih di bawah purata kadar inflasi, iaitu 3 peratus,â katanya.
Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Aimi Zulhazmi Abdul Rashid pula menyuarakan kebimbangan dengan kemungkinan peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.
âMemang akan ada peniaga akan naikkan harga barang dengan alasan subsidi diesel bersasar, perkara seperti ini berlaku sepanjang masa,â katanya.
Sementara itu, penganalisis ekonomi bebas Akwa Mahzan berkata kerajaan harus memikirkan mekanisme untuk memastikan pengguna tidak menjadi mangsa peniaga yang mengambil kesempatan daripada dasar ini.
âAkan sentiasa wujud golongan yang mengambil kesempatan terhadap rasionalisasi subsidi diesel untuk mencari keuntungan, seperti peniaga yang tidak menggunakan minyak diesel tetapi mengenakan caj tambahan kepada pembeli lantas berlaku kenaikan kos.
“Kos sara hidup mungkin meningkat walaupun kecil sekiranya tidak dipantau dengan lebih teliti oleh agensi yang berkaitan,â katanya yang sedang menjalani pengajian peringkat doctor falsafah (PHD) dalam bidang ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).