Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Tabung saman Ramasamy raih lebih RM230,000 pada hari pertama'

    ‘Tabung saman Ramasamy raih lebih RM230,000 pada hari pertama’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kempen mengumpul dana bagi membantu bekas timbalan ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy dalam kes saman pendakwah bebas Dr Zakir Naik meraih lebih RM200,000 sejak dilancarkan semalam, menurut pihak yang mengendalikan perkara itu.

    Presiden Pertubuhan Masyarakat Tamilar Kural Malaysia David Marshel berkata setakat lima petang tadi, sebanyak RM236,091.65 telah berjaya diraih.

    “Tabung solidariti ini penting untuk kita sama-sama memberikan isyarat jelas bahawa setiap perjuangan memerlukan sokongan dan kesepakatan dan untuk kita terus melawan dan mencapai kemenangan.

    Diharap dalam beberapa hari yang akan datang, kita mampu mencapainya,” katanya kepada Malaysiakini.

    Untuk rekod, Marshel dan Ramasamy adalah bekas pemimpin DAP Pulau Pinang.

    Kedua-duanya digugurkan daripada senarai calon dalam PRN lepas. Susulan itu, Ramasamy bertindak keluar parti manakala Marshel bertanding sebagai calon bebas, menyebabkan dia dipecat.

    Semalam Ramasamy melancarkan kempen pendanaan awam selepas mahkamah memihak kepada Zakir dalam kes saman tersebut.

    Ramasamy diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar ganti rugi berjumlah RM1.52 juta – iaitu RM1 juta bagi ganti rugi am, RM100,000 untuk pampasan, RM100,000 untuk ganti rugi teruk, RM250,000 untuk ganti rugi teladan serta kos RM70,000.

    Mahkamah memerintahnya untuk menjelaskan jumlah itu dalam tempoh 30 hari bermula semalam.

    Berkenaan kempen tersebut, Ramasamy berkata dana akan dikumpul secara telus dan sebarang lebihan akan digunakan untuk kebaikan orang ramai.

    Dia juga berkata akan membuat rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

    Pada 2019, Zakir memfailkan dua saman fitnah berbeza terhadap Ramasamy berhubung kenyataan yang dikeluarkan ahli politik itu.

    Saman pertama berkaitan ceramah Zakir di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Ogos 2019 dan saman kedua berhubung penangkapan berkaitan dakwaan usaha menghidupkan semula gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts