Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTahanan rumah Najib: 2 Mei dengar permohonan Zafrul sebagai pencelah

    Tahanan rumah Najib: 2 Mei dengar permohonan Zafrul sebagai pencelah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Khamis ini untuk mendengar permohonan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai pencelah dalam tindakan undang-undang oleh bekas perdana Menteri Najib Razak bagi menghabiskan baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

    Tengku Zafrul memohon sebagai pencelah supaya dia dibenarkan oleh mahkamah memfailkan afidavit bagi membetulkan dakwaan kesilapan fakta dalam afidavit Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong permohonan semakan kehakiman oleh Najib.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam bekas Menteri kewangan itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan bahawa hakim Amarjeet Singh menetapkan jam 2.30 petang untuk mendengar permohonan Tengku Zafrul.

    Peguam itu menambah mereka dimaklumkan oleh mahkamah mengenai tarikh perbicaraan itu melalui e-mel semalam.

    Dua minggu lalu, Zafrul mendakwa terdapat kesilapan fakta dalam afidavit Zahid yang menyokong usaha Najib supaya baki hukuman penjaranya digantikan dengan tahanan rumah.

    Peguam Zafrul berkata mereka mendapat arahan untuk memfailkan afidavit tersebut bagi menangani secara khusus perenggan 6 afidavit Zahid kerana ‘ketidaktepatan fakta’ yang dikatakan perlu diperbetulkan.

    Perenggan 6 merujuk kepada dakwaan Zahid bahawa semasa pertemuan dengan Zafrul pada 30 Jan, timbalan perdana Menteri itu bukan sahaja dimaklumkan tentang kewujudan titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong malah Menteri kabinet itu turut didakwa menunjukkan salinan titah itu di telefon pintarnya (Zafrul).

    “Untuk rekod, kami selanjutnya diarahkan oleh anak guam kami untuk menyatakan bahawa anak guam kami tidak mengambil sebarang pendirian mengenai merit mengenai pertikaian antara pihak-pihak bertelagah.

    “Anak guam kami hanya ingin memastikan bahawa fakta-fakta diletakkan dengan tepat di depan mahkamah yang mulia ini secara berkecuali,” kata pasukan guaman dari firma guaman Cecil Abraham and Partners.

    ALSO READ:  Kumpulan pelampau Denmark terus bakar al-Quran

    Dalam afidavitnya, Zahid mendakwa pada 30 Jan lepas, Zafrul memaklumkan titah adendum bertarikh 29 Jan itu semasa mesyuarat di rumahnya di Country Heights.

    Pada 4 April, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu media bahawa seorang “saksi penting” dijadual mengemukakan afidavit untuk menyokong semakan kehakiman Najib yang memohon untuk menjalani tahanan rumah bagi menggantikan baki hukuman penjara enam tahun ke atasnya berhubung kes rasuah RM42 juta SRC International.

    Najib memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi pelaksanaan titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong berkaitan pengurangan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun dan pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

    Menurut afidavit Najib yang menyokong semakan kehakimannya, bekas ahli parlimen Pekan itu mendakwa titah adendum itu membenarkan pengurangan hukuman itu disertakan dengan titah adendum yang mengandungi peruntukan tahanan di rumah.

    Bekas presiden Umno itu memohon perintah mahkamah bagi mengarahkan Menteri dalam Negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan, dan beberapa responden lain mengesahkan titah tambahan itu.

    Menurut salinan permohonan semakan kehakiman, Najib mendakwa Agong mengeluarkan titah adendum itu pada 29 Jan, hari yang sama hukumannya dikurangkan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts