Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTahun Baru Cina: Keluarga boleh lawat penghuni penjara

    Tahun Baru Cina: Keluarga boleh lawat penghuni penjara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 12 hingga 13 Feb ini.

    Jabatan Penjara dalam kenyataan memaklumkan lawatan itu juga melibatkan pusat pemulihan akhlak, pusat pemulihan khas, tempat tahanan khas dan Sekolah Henry Gurney, dengan keutamaan diberi kepada penghuni kaum Cina.

    Menurut kenyataan itu, terdapat dua kaedah perjumpaan iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian (panggilan video).

    Kata jabatan terbabit pertemuan kaedah dalam talian akan dilaksanakan selama tiga hari mulai 14 hingga 16 Feb.

    “Pelawat yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

    “Antaranya waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang, membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (olesan/air ludah) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala serta perlu membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

    “Selain itu, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni serta tidak digalakkan memberi wang kepada memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara,” kata kenyataan itu.

    Jabatan terbabit turut memaklumkan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu menerusi tempahan iaitu Sistem i-Visit di www.prison.gov.my, panggilan telefon dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

    “Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka perlu menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts