Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Tak adil buat perbandingan Anwar dengan Najib'

    ‘Tak adil buat perbandingan Anwar dengan Najib’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Seorang pemimpin PKR berkata tidak adil untuk membandingkan apa yang dilakukan Anwar Ibrahim selaku perdana Menteri dengan Najib Razak, khususnya melibatkan isu masyarakat India.

    Pengerusi PH Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata Najib menjadi perdana Menteri selama lima tahun sebelum dia diketepikan, manakala Anwar pula baru kira-kira 18 bulan menerajui negara.

    “Sebab itu saya fikir tidak adil mendesak Anwar memenuhi segala keperluan masyarakat India dalam masa satu setengah tahun apa berbanding masa sembilan tahun yang ada pada Najib.

    “Malah Najib mengambil masa hampir tiga tahun sebelum dia mengumumkan pelbagai peruntukan khusus untuk masyarakat India,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

    Terdahulu, dia diminta mengulas mengenai pandangan sesetengah warganet yang membandingkan corak pentadbiran dilakukan Anwar sebagai perdana Menteri dengan Najib.

    Bahkan rasa kurang senang itu turut disaksikan di media sosial terutama dalam kalangan penyokong pembangkang.

    Isu masyarakat India menjadi antara tumpuan utama dalam pilihan raya kecil yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.

    Tak tonjol mana-mana kaum

    Sathia Prakash berkata perbandingan yang dibuat sesetengah pihak itu sebenarnya cetek dan bersifat politik sepenuhnya.

    “Saya tak dinafikan jasa Najib kepada kaum India. Tapi kita perlu faham, beliau menjadi perdana Menteri pada 2009 dan pengumuman kepada masyarakat India seperti peruntukan khas kepada sekolah Tamil hanya dibuat pada Belanjawan 2012.

    “Inisiatif Sedic (Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India) ditubuhkan pada 2014, I Sinar (peruntukan kepada tadika Tamil) pula diumumkan pada 2014.

    “Bagi program SPUMI (Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India) hanya diumumkan pada 2015 manakala Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) pada 2017,” katanya.

    Menurut Sathia Prakash, ketika Najib dilantik menjadi perdana Menteri, dia menyambung pentadbiran BN yang sudah mentadbir negara selama 60 tahun.

    ALSO READ:  Selepas McD geng usrah berkumpul pula di KFC

    Dalam keadaan begitu pun, tambahnya, Najib masih memerlukan masa dua tahun untuk mengemukakan program khas kepada masyarakat India.

    “Tapi, sekarang kamu menggesa Anwar menyelesaikan semua masalah dalam masa setahun. Ini yang tidak adil,” katanya.

    Sedic yang ditubuhkan pada 7 Mei 2014 degan peruntukan RM203.89 juta bagi membantu masyarakat India dalam kumpulan B40 antara 2014 hingga 2018.

    Kini unit itu ditukar nama menjad Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) dan diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan peruntukan tahunan sebanyak RM100 juta.

    Kata Sathia Prakash PH merupakan parti yang berteraskan pelbagai kaum, justeru jarang mengambil pendekatan menonjolkan mana-mana kaum secara khusus dalam sebarang inisiatifnya.

    “Sebagai contoh, MyDaftar adalah program menyelesaikan isu kerakyatan masyarakat India.

    “Kalau saya tak silap sepanjang pelaksanaan program MyDaftar dari 2011 hingga 2016, hanya 12,726 permohonan diterima, manakala bilangan yang lulus ialah 7,126, ditolak 626 dan dalam pertimbangan 4,974.

    “Tetapi, di bawah kerajaan perpaduan Menteri Dalam Negeri (Saifuddin Nasution Ismail) telah meluluskan 14,000 permohonan dan hampir 35 peratus daripadanya adalah masyarakat India.

    “Kita lihat peratus kejayaan Saifuddin menyelesaikan isu kerakyatan masyarakat India jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya, cuma ia tidak diumumkan,” katanya.

    Sementara itu, Sathia Prakash berkata kerajaan hari ini tidak boleh begitu sahaja menyambung program-program yang dimulakan oleh kerajaan terdahulu.

    Sebaliknya, tambah ahli politik itu, kerajaan perlu mengkaji kelemahan sesuatu program sebelum membuat keputusan sama ada menyambung atau sebaliknya.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts