Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTak jadi destinasi konsert: 'Bukan soal ekonomi saja, lihat kesan lebih besar'

    Tak jadi destinasi konsert: ‘Bukan soal ekonomi saja, lihat kesan lebih besar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penganjuran konsert khususnya melibatkan artis luar negara tidak boleh dilihat dari segi peluang ekonomi dan pendapatan kepada negara sahaja tetapi kesannya yang lebih besar, menurut Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Tuan Ibrahim berkata keuntungan ekonomi yang diraih tidak berbaloi jika ia menyebabkan “kerosakan” yang lebih besar.

    “Kita menentang sebab untung katalah RM1 juta tetapi kerosakan tidak boleh dipulihkan dengan (nilai) RM1 juta…

    “Kita kena jelas, jangan hanya melihat dari segi dolar dan sen tetapi perlu juga dilihat dari segi akhlak, kesan kepada remaja, bentuk persembahan yang dibuat, pergaulan bebas yang berlaku kerana kita sekarang ini dalam situasi kritikal,” katanya kepada Malaysiakini.

    Antara nilai negatif menurut Tuan Ibrahim yang dipromosikan sebelum ini adalah komuniti LGBT serta pergaulan bebas.

    Ahli parlimen Kubang Kerian itu tidak menamakan mana-mana selebriti secara khusus namun sebelum ini dia pernah menyuarakan bantahan serupa berhubung persembahan Coldplay di Kuala Lumpur pada November tahun lalu.

    Dia mengulas kenyataan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumum yang Malaysia gagal merebut peluang apabila terlepas untuk menjadikan negara sebagai tuan rumah bagi konsert The Eras Tour, yang membawakan penyanyi, Taylor Swift.

    Menurut Faizal, negara mengalami kerugian jika terus gagal memanfaatkan ruang yang ada untuk membolehkan artis antarabangsa mengadakan persembahan di negara ini.

    Ia susulan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang dilaporkan berkata langkah menjadikan republik itu sebagai destinasi tunggal konsert Taylor Swift di Asia Tenggara sebagai langkah yang terbukti sangat berjaya.

    Pada masa sama, Lee berkata ia bukanlah tindakan yang tidak mesra terhadap negara-negara lain di rantau berkenaan.

    Untuk rekod, konsert The Eras Tour Taylor Swift akan diadakan selama tiga malam berturut-turut di republik berkenaan mulai 5 Mac lalu.

    ALSO READ:  KPDN serbu kedai jual produk makanan tertera ungkapan 'No Palm Oil'

    ‘Jangan abai bakat tempatan’

    Menyifatkannya pandangan Faizal sebagai bersifat peribadi dan tidak mewakili Bersatu, Tuan Ibrahim sekali lagi menegaskan PAS bukan semata-mata menentang persembahan atau konsert.

    “Tetapi apa yang kita tentang adalah nilai yang dibawa, apakah nilai positif bagi rakyat atau nilai negatif bagi rakyat?” soalnya.

    Mengulas lanjut, dia berkata kerajaan tidak perlu terlalu menyanjung artis luar negara sebaliknya turut membangunkan bakat tempatan, dengan membangkitkan kumpulan nasyid Raihan yang sebelum ini pernah mengadakan persembahan di banyak negara luar.

    Tuan Ibrahin memberikan contoh Kelantan sebagai Negeri yang memiliki banyak warisan budaya dan kesenian seperti dikir barat dan wayang kulit, serta Pahang dengan gendang Pahang.

    Dia menyuarakan kebimbangan budaya tersebut tidak diwarisi dengan penumpuan kepada budaya luar serta perkembangan teknologi pada masa ini.

    “Jadi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya jangan hanya fokus nak tarik pelancong tanpa kita bangunkan kebudayaan negara kita…Nilai budaya itu harus kita angkat. Budaya Timur, bukan budaya Barat,” katanya lagi.

    ‘Tak terlepas apa-apa’

    Ahli Parlimen Sik yang juga daripada PAS, Ahmad Tarmizi Sulaiman pula berpandangan Malaysia tidak terlepas apa-apa peluang apabila tidak menjadi destinasi persembahan artis luar negara.

    Malah dia berkata Malaysia berjaya “mengukuhkan jati diri dan mengekalkan budaya sopan santun” dalam soal hiburan untuk rakyat Malaysia.

    Ahmad Tarmizi Sulaiman

    “Tidak timbul terlepas peluang pun.

    “Saya yakin seluruh rakyat memahami mana yang baik dan mana yang buruk untuk kita hidangkan kepada rakyat khususnya anak muda di negara ini, dan saya yakin ada lagi banyak peluang untuk kita dapatkan engagement daripada luar, bukan hanya dalam aspek hiburan sahaja,” katanya.

    Selain selebriti, Ahmad Tarmizi berkata pihak di Malaysia juga boleh mengundang tokoh-tokoh dalam bidang kepimpinan dan motivasi dari luar, yang menurutnya turut dapat menarik pelancong ke Malaysia.

    ALSO READ:  Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selengggara tinggi - MB

    “Kita di pihak PAS tidak pun menutup sepenuhnya ruang hiburan ini tetapi kita ada panduan dan yang penting penilaian kita sama ada ia memberi kesan yang baik kepada moral anak muda kita.

    “Itu sangat penting, mana mungkin kita nak menggadaikan satu perkara dengan hanya tempoh yang singkat tetapi untuk jangka panjang kita mungkin telah mencemarkan nilai-nilai budaya dalam masyarakat kita,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts