Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTak patuhi perintah mahkamah, Mujahid beri notis akhir pada Dusuki

    Tak patuhi perintah mahkamah, Mujahid beri notis akhir pada Dusuki

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penceramah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani dikatakan tidak mematuhi perintah mahkamah untuk membayar kos berjumlah RM23,000 kepada Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof.

    Menurut Mujahid, dalam kesnya dengan bekas pemimpin Dewan Ulama PAS itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan Mahkamah Rayuan, Dusuki perlu membayar kos berjumlah RM23,000.00.

    “Sehingga hari ini, Dusuki masih gagal atau cuai untuk membuat bayaran kos tersebut.

    “Oleh itu, peguam saya pada hari ini telah mengeluarkan satu notis akhir kepada Dusuki untuk menuntut beliau membuat bayaran tersebut dalam tempoh 14 hari,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

    Untuk rekod, Dusuki mengemukakan saman ke atas Mujahid berikutan ciapan berbunyi: “Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa, berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri, hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya. Allahu mustaan”.

    Susulan itu, Ahmad Dusuki menuntut Mujahid membuat permohonan maaf melalui siaran akhbar serta ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya.

    Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ahmad Dusuki dengan kos RM11,000.00.

    Ahmad Dusuki yang tidak berpuas hati kemudiannya merayu ke Mahkamah Tinggi dan rayuannya juga ditolak dengan kos RM7,000.00.

    Di Mahkamah Rayuan, Ahmad Dusuki kemudian menarik balik rayuannya dan diarahkan membayar RM5,000 sebagai kos kepada Mujahid.

    Sementara itu, Mujahid yang juga bekas ahli Parlimen Parit Buntar menegaskan sekiranya Dusuki gagal melunaskan bayaran tersebut, tindakan selanjutnya akan diambil.

    “Saya akan teruskan dengan tindakan pelaksanaan termasuk dan tidak terhad kepada tindakan writ penyitaan dan penjualan, garnishee, dan apa-apa jua tindakan pelaksanaan yang difikirkan sesuai,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts