Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Tak perlu cadang KL dikembalikan kepada Selangor'

    ‘Tak perlu cadang KL dikembalikan kepada Selangor’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seorang pemimpin DAP meminta ahli parlimen Kerajaan Perpaduan agar lebih berhati-hati ketika membuat kenyataan khususnya berkaitan aspek perundangan.

    Adun Sungkai, A Sivanesan berkata demikian mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya dari PKR, Lee Chean Chung agar Kuala Lumpur dikembalikan kepada Selangor.

    “Saya berpendapat banyak perkara lain boleh dibincang di parlimen yang memberi manfaat kepada rakyat.

    “Cadangan sebegini tidak perlu dibangkitkan. Ini lebih kurang sama seperti kenyataan pemimpin PN sebelum ini agar Pulau Pinang perlu dikembalikan kepada Kedah,” katanya kepada Malaysiakini.

    Pada 13 Sept lalu, Lee mencadangkan agar Kuala Lumpur dikembalikan kepada Selangor bagi mewujudkan satu “metropolitan mega”.

    Katanya, ia bagi memastikan penduduk di Lembah Klang menikmati rumah mampu milik berkualiti dan pengangkutan awam lebih sistematik.

    Cadangan Lee itu turut mendapat sokongan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang menyifatkan idea itu sebagai “menarik” selain dapat membantu memperkemas dasar dan peranancangan pembangunan.

    Bagaimanapun, Sinavesan berkata kenyataan dua pemimpin PH itu akan memberi ruang kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor untuk mewajarkan cadangan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah.

    “Mungkin selepas kenyataan dua pemimpin ini, PN akan mengulangi semula cadangan kembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

    “Jadi saya minta ahli parlimen lebih berhati-hati ketika membuat cadangan atau kenyataan pada masa akan datang,” kata Sivanesan.

    Kuala Lumpur pernah menjadi sebahagian daripada Selangor sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1974, yang meliputi keluasan lebih 200 km persegi.

    Sebelum ini, Sanusi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Pulau Pinang masih dimiliki kerajaan Kedah dan menggesa Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menyokong dakwaan itu.

    Sanusi mendakwa naratif sejarah Kedah terpesong sejak ratusan tahun lampau dan wajar diperbetul bagi mengembalikan hak Negeri itu yang hilang.

    ALSO READ:  Body of 61-year-old woman found floating at Likas Bay in KK

    Bagaimanapun, cadangan Sanusi itu ditolak oleh PH dan BN.

    Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut membidas cadangan tersebut serta menyifatkan Sanusi tidak memahami aspek perundangan dan perlembagaan negara.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts