Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Tak perlu serang Zahid, masih ada ruang untuk pembebasan Najib’

    ‘Tak perlu serang Zahid, masih ada ruang untuk pembebasan Najib’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Apapun keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib Razak, Umno perlu “move on” dan tidak perlu menyerang institusi presiden kerana masih ada ruang bagi pembelaan bekas perdana Menteri itu.

    Sambil mengakui agenda pembebasan Najib penting, namun kata Ketua Umno Bahagian Batu, Gulam Muszaffar, agenda parti untuk menghadapi pilihan raya juga penting.

    “Apa pun keputusan Lembaga pengampunan terhadap Bossku, Umno kena move on and business as usual. Betul dan tidak dinafikan kes Bossku penting tetapi agenda dan roadmap Umno untuk menghadapi PRU16 juga penting.

    “Apa-apa pun tanggapan negatif orang ramai termasuk ahli-ahli Umno terhadap agenda dan hala tuju Umno selepas rayuan pengampunan penuh buat Bossku gagal, Insya-Allah jalan dan sinar untuk Bossku masih ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Gulam berkata, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan masih boleh diguna pakai untuk memohon pengampunan seterusnya dan budi bicara daripada Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim.

    “Yang penting kita ahli-ahli Umno yang sayangkan Bossku kena sabar dan berusaha,

    “Sejak dari dulu saya pernah nasihatkan, kepada haters Ahmad Zahid Hamidi abaikan mereka, tak perlu dilayan apa yang mereka katakan, anggaplah seperti anjing yang menyalak bukit.

    “Selebihnya kita doakan kepada Allah SWT agar mereka diberikan kesembuhan daripada penyakit mental yang sedang mereka hadapi,” katanya.

    Jumaat lalu, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas ahli Parlimen Pekan itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

    Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

    Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    ALSO READ:  Wan Ji: Najib dapat layanan 'sangat istimewa' di penjara

    Susulan keputusan ada segelintir penyokong Najib “menyerang” Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi kerana gagal mendapat pengampunan penuh buat Najib.

    Mengulas lanjut, Gulam berkata, ahli Umno perlu ingat di hadapan mereka banyak agenda yang perlu parti itu perjuangkan termasuk Kongress Ekonomi Bumiputera yang akan berlangsung akhir bulan Februari ini.

    Kongres ini juga penting katanya bagi merubah landskap sosio ekonomi bagi orang Melayu.

    “Akhir kata, nasihat kepada ahli-ahli Umno kita jangan terbeli dan termakan dengan ‘pesakit-pesakit mental’ yang ingin memecah belah kesatuan dan keharmonian,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts