Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTak puas hati punca Tajuddin lewat bayar kos mahkamah Khalid

    Tak puas hati punca Tajuddin lewat bayar kos mahkamah Khalid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Meskipun akur pada keputusan Mahkamah Rayuan, Tajuddin Abdul Rahman berasa terkilan dengan ketetapan hakim yang mengarahkannya membayar kos guaman sebanyak RM60,000 kepada Khalid Samad.

    Tajuddin yang merupakan bekas ahli parlimen Pasir Salak berkata, itulah punca mengapa dia lewat membuat bayaran kepada Pengarah Komunikasi Amanah berkenaan.

    Kata Tajuddin, mahkamah menolak saman fitnah dikemukannya kepada Khalid dengan tiada hukuman dijatuhkan terhadap mana-mana pihak.

    “Saman fitnah (saya) ditolak dan kedua belah pihak tidak dijatuhkan hukuman siapa yang bersalah.

    “Mahkamah tinggi tidak membenarkan (sebarang) kos, tidak melibatkan kos kepada mana-mana pihak.

    “Bagaimanapun Khalid telah membuat rayuan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan. Keputusannya tetap sama, cuma Mahkamah Rayuan meluluskan tuntutan kos, jadi itulah keputusannya dan saya telah dituntut untuk membuat bayaran.

    “Saya tunda (bayaran) disebabkan saya tak puas hati, tak ada siapa sapa yang bersalah kenapa saya pula kena buat bayaran?

    Tambah bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno yang kini digantung keahliannya itu, dia berpendapat sepatutnya kedua-dua pihak bebas daripada menanggung sebarang kos.

    Pun begitu, Tajuddin berkata, dia tetap akur pada ketetapan mahkamah.

    Serah cek melalui peguam

    Semalam, portal FMT melaporkan seorang bailif dinafikan masuk ke kediaman Tajuddin untuk melaksanakan writ rampasan dan penjualan daripada Khalid.

    Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 19 Okt tahun lalu yang memerintahkan Tajuddin membayar kos kepada Khalid – yang juga bekas ahli parlimen Shah Alam – sebanyak RM60,000.

    Peguam Wong Guo Jin dari firma guaman SN Nair & Partners yang mewakili Khalid memberitahu FMT, Tajuddin berdegil daripada membuat bayaran seperti diarahkan mahkamah walaupun tuntutan rasmi dibuat.

    “Khalid (kemudian) memperoleh writ rampasan dan penjualan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Apr, dan cuba melaksanakan writ itu hari ini melalui bailif mahkamah tinggi di rumah Tajuddin di Bukit Damansara,” katanya.

    ALSO READ:  Penambahbaikan gaji penjawat awam dijangka dalam Belanjawan 2025

    Wong berkata memandangkan percubaan bailif Marzuki Mohamad semalam tidak berjaya, Khalid akan membuat satu lagi permohonan ex parte untuk satu lagi percubaan.

    Marzuki berkata dia dan peguam Khalid telah tiba di rumah Tajuddin pada jam 9.40 pagi dan disambut seseorang bernama Firdaus Mufazal Faiz, yang mengaku dirinya sebagai pegawai Tajuddin.

    Khalid Samad

    Firdaus kemudian menghalang mereka masuk dengan memberi alasan Tajuddin tiada di rumah dan kediaman tersemu dimiliki oleh isteri Tajuddin.

    Mengulas lanjut Tajuddin berkata, dia tiada masalah untuk membayar kos berkenaan seperti diarahkan oleh mahkamah.

    “Saya sanggup bayar, saya akur dengan perintah mahkamah itu, mahkamah paling berkuasa.

    “Kita bayar tetap bayar, tapi rasa terkilan dengan keputusan itu,” tambahnya lagi.

    Dalam pada itu, penguam yang mewakili Tajuddin, Hasnal Rezua Merican mendakwa Khalid pada awalnya mengemukakan saman penghutang penghakiman terhadap Tajuddin bagi menuntut kos berkenaan.

    Hasnal Rezua berkata dia dan peguam Khalid bersetuju dengan perkara itu dan menunggu proses mahkamah bermula.

    “Setelah diserah dengan surat itu kita tunggu prosiding berlangsung, tiba-tiba mereka mengubah kaedah pelaksanaan dan pergi mengambil perintah secara sebelah pihak untuk penyitaan dan penjualan.

    “Saya fikir mereka sepatutnya memaklumkan kepada kami bahawa mereka nak mengubah cara pelaksanaan dengan tidak teruskan saman penghutang penghakiman, sebaliknya nak guna writ penyitaan dan penjualan.

    “Saya boleh nasihat Datuk Seri (Tajuddin) dan bailif datang kita boleh buat pembayaran, bukannya jumlah banyak, RM60,00 sahaja,” katanya.

    Tambah Hasnal Rezua, tindakan Khalid itu menjejaskan reputasi Tajuddin sehingga bailif terpaksa datang ke rumah sedangkan pihaknya sedang menunggu prosiding bermula.

    Tajuddin hari ini turut menyerahkan cek bayaran tersebut kepada Khalid melalui peguamanya.

    ALSO READ:  Keluarga komander Firdaus mohon diberi ruang bertenang

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts