Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTak tahu kenapa SRC gugurkan saman terhadap saya - Shahrol

    Tak tahu kenapa SRC gugurkan saman terhadap saya – Shahrol

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd berkata dia tidak tahu mengapa syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) menggugurkan saman terhadapnya pada 2021.

    Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini memberitahu perkara itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan tuntutan saman SRC berjumlah AS$1.18 bilion (RM5.6 bilion) terhadap Najib Razak, yang pernah menjadi perdana Menteri dan Menteri kewangan.

    Pada Julai 2021, SRC yang memfailkan saman terhadap Najib, menarik balik saman yang dikemukakan terhadap Shahrol.

    Bagaimanapun, mahkamah kemudiannya membenarkan bekas perdana Menteri itu mengeluarkan notis bagi menamakan Shahrol sebagai pihak ketiga dalam saman itu.

    Tuntutan pihak ketiga adalah di mana defendan meminta pihak ketiga membayar balik sepenuhnya atau sebahagian kepada defendan sekiranya plaintif berjaya dalam tuntutan mahkamah terhadap defendan.

    Semasa perbicaraan penuh saman itu di hadapan hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin hari ini, peguam bela Najib, Harvinderjit Singh menyoal balas Shahrol – selaku pihak ketiga – sebab SRC menggugurkan saman terhadapnya.

    Harvinderjit: Adakah terdapat resolusi antara anda dan kerajaan?

    Shahrol: Tidak.

    Harvinderjit: Jadi mengapa mereka (SRC) menggugurkan saman terhadap kamu?

    Shahrol: Saya tidak tahu.

    Harvinderjit: Anda tidak bertanya apa-apa?

    Shahrol: Tidak.

    Untuk rekod, Shahrol juga merupakan saksi pendakwaan dalam perbicaraan jenayah berasingan terhadap Najib berhubung dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion dana daripada dana kekayaan negara Malaysia 1MDB, yang pernah memiliki sepenuhnya SRC.

    MOF Inc juga memiliki sepenuhnya 1MDB.

    Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dan didenda RM50 juta atas kes rasuah berasingan membabitkan RM42 juta dana SRC.

    Saman difailkan SRC terhadap Najib berkaitan pinjaman RM4 bilion yang diterima daripada Kumpulan Wang Persaraan (Kwap) antara 2011 dan 2012. Kwap ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

    Di bawah pengurusan barunya, SRC memfailkan saman itu pada Mei 2021, dengan mendakwa Najib, sebagai penasihat emeritus plaintif, telah melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa, serta secara peribadi mendapat manfaat daripada dana syarikat, dan menyalahgunakan berbilion ringgit.

    ALSO READ:  ‘Jangan hukum rakyat dengan nafikan dana ke MP pembangkang’

    Syarikat milik MOF Inc itu juga memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab ke atas kerugiannya akibat dakwaan pecah amanah, dan agar dia membayar balik dana RM42 juta itu.

    Plaintif juga memohon perintah mahkamah supaya Najib mengambil kira kerugian AS$1.18 bilion, serta membayar balik sejumlah AS$120 juta dananya yang didakwa dimasukkan ke akaun bank bekas perdana Menteri itu.

    Perbicaraan di hadapan Fairuz disambung esok.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts