Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTalian komunikasi terputus, rakyat Gaza umpama tunggu 'hukuman mati'

    Talian komunikasi terputus, rakyat Gaza umpama tunggu ‘hukuman mati’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seluruh Semenanjung Gaza sedang menanti “hukuman mati” sejak talian komunikasi terputus yang menyukarkan untuk menghubungi ambulans dan pasukan kecemasan, menurut Pejabat Media Gaza pada Selasa.

    Israel memutuskan semua bentuk komunikasi di Gaza selama 36 jam berturut-turut sejak 27 Okt sebelum menyambungkannya semula.

    Pejabat media itu dalam kenyataannya turut memberi amaran tentang kesan serius pemotongan talian komunikasi dan Internet di Gaza dan mengatakan tindakan itu dibuat untuk menyembunyikan semua jenayah peranang yang dilakukan oleh tentera penceroboh Israel, lapor Agensi Anadolu.

    Lebih 2.3 juta penduduk di Semenanjung Gaza tidak dapat berkomunikasi dengan pasukan penyelamat, kecemasan, bantuan, perubatan, pertahanan awam dan perbandaran serta semua institusi kerajaan dan bukan kerajaan.

    Pejabat media juga mengesahkan mereka juga tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain yang membawa kepada penutupan sepenuhnya perhubungan di Gaza.

    Tindakan berkenaan merupakan jenayah baharu yang melanggar hak paling asas yang ditetapkan dalam norma antarabangsa, menurut kenyataan itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts