Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTaman Negeri dimasyhur Hutan Warisan Diraja S'gor

    Taman Negeri dimasyhur Hutan Warisan Diraja S’gor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan memperuntukkan RM520,000 untuk Hutan Warisan Diraja Selangor pada tahun depan, kata Menteri Besar Amirudin Shaari.

    “(Ia) melibatkan kawasan Taman Negeri Selangor seluas 103,000 ha yang merupakan gabungan beberapa buah hutan simpanan kekal.

    “Kawasan ini juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri terletak di daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,” katanya ketika menyampaikan ucapan belanjawan di DUN Selangor di Shah Alam hari ini.

    “Sejumlah RM520,000 disediakan pada tahun 2024 untuk pelaksanaan projek pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor ini sebagai Pusat Kecemerlangan Hutan Darat Negeri Selangor.

    “Peruntukan ini adalah meliputi pelaksanaan Majlis Pelancaran Hutan Warisan Diraja Selangor, Mini Ekspedisi Saintifik Biodiversiti dan lain-lain,” katanya lagi.

    Selain itu, Menteri besar Selangor juga berkata antara strategi Negeri itu memperkasa sumber hutannya dengan melaksanakan program pemeliharaan serta pemuliharaan hutan terosot, hutan paya laut dan pesisir pantai.

    “Program ini juga berupaya meningkatkan fungsi dan perananan hutan sebagai kawalan banjir dan menangani kesan perubahan iklim.

    “Sejumlah RM250 ribu diperuntukkan untuk tahun 2024,” katanya.

    Di samping itu, Amiruddin berkata Selangor akan membelanjakan RM400,000 untuk penanaman pokok tahun depan dengan sasaran menanam 11 juta pokok menjelang 2026.

    Sementara itu, Amiruddin berkata Selangor akan memulakan program kitar semula sisa elektronik tahun depan yang akan melibatkan sektor swasta, NGO, stesen minyak, pasar raya terpilih dan industri di Negeri ini.

    “Penyediaan tong-tong kitar semula e-waste akan ditempatkan di kawasan-kawasan tersebut bagi memudahkan orang awam untuk meletakkan sisa buangan e-waste,” katanya.

    Dia juga menegaskan bahawa Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (Sisge) – yang merangkumi projek insinerator sampah di Rawang, Selangor – akan diteruskan.

    ALSO READ:  'Saya bawa masuk pelaburan ke N Sembilan, bukan Aminuddin'

    Kos projek insinerator RM4.5 bilion

    “Ianya dapat menjana nilai tambah daripada sisa pepejal melalui penjanaan tenaga dan bahan berguna yang boleh diperdagangkan seperti elektrik, haba atau bahan api.

    “Projek ini juga akan menjadikan Selangor setanding dengan negara-negara maju di dalam pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan serta menjadikan Selangor sebagai peneraju di dalam menjayakan agenda pembangunan mampan (SDG).

    “Kos keseluruhan projek dijangkakan berjumlah RM4.5 bilion untuk empat fasa dalam tempoh 10 tahun.

    “Sumber pendanaan adalah menggunakan sumber Private Finance Initiative (PFI),” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts