Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTambahan 63 peratus warden bagi atasi kes buli - Fadhlina

    Tambahan 63 peratus warden bagi atasi kes buli – Fadhlina

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Kementerian Pendidikan (KPM) telah meningkatkan jumlah warden sebanyak 63 peratus bermula 1 Ogos 2022 dengan sekurang-kurangnya tiga orang di sebuah asrama sebagai langkah pencegahan kes buli, kata Menteri Fadhlina Sidek.

    Fadhlina berkata KPM juga melaksanakan kempen peningkatan kemahiran kepada warden dan ketua warden dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan tugas warden seperti yang ditetapkan dalam Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah (MySG).

    “Selain itu, kementerian juga melaksanakan sistem rumah di asrama sebagai usaha untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan serta menjalankan program sahsiah unggul murid di sekolah menengah.

    “Jadi semua program ini kami telah jalankan termasuk dengan perkara yang dilaksanakan di bawah Garis Panduan Intervensi Buli, di semua institusi KPM,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) berhubung langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh kementerian supaya kes buli tidak berlaku.

    Sementara itu, Fadhlina berkata kementerian sentiasa memandang serius tentang soal kebajikan dan keselamatan murid di bawah kementerian itu yang berkait dengan isu berkenaan.

    Menurutnya bagi kes yang berlaku di sekolah, mangsa dan pelaku akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk sesi kaunseling, selain kementerian turut mempunyai pasukan tersebut untuk menangani isu berkenaan.

    “Guru bimbingan dan kaunseling akan melakukan intervensi yang bersesuaian untuk memastikan intervensi yang berkaitan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan murid terjaga secara berterusan sebagai bentuk perlindungan sementara di sekolah bagi melindungi mangsa sewaktu siasatan dilakukan.

    Semua kes buli perlu dirujuk kepada pengetua untuk tindakan selanjutnya, katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Mohamed Taufik Johari (PH-Sungai Petani) bagaimana kementerian mencegah masalah kesihatan mental dalam kalangan mangsa buli serta ibu bapa mereka menerusi sesi kaunseling serta tempohnya.

    ALSO READ:  Pesawat penumpang terhempas di pergunungan Afghanistan

    Selain itu, Fadhlina berkata pihak sekolah akan memantau disiplin murid sementara menunggu proses siasatan atau prosiding mahkamah selesai.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts