Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTandatangan SD baru dapat undi kami, kata pekerja 5 ladang

    Tandatangan SD baru dapat undi kami, kata pekerja 5 ladang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Berasa ditipu dengan janji-janji pemimpin politik, pengundi dari lima ladang di kawasan DUN Kuala Kubu Bharu kali ini meletakkan suatu jika ada mana-mana calon yang inginkan sokongan mereka pada 11 Mei ini.

    Wakil jawatankuasa penduduk terbabit, Vasudevan Raja Manickam, calon yang mahu undi dari ladang berkenaan terjamin terarah ke kotak undi mereka perlu membuat perakuan berkanun (SD) bagi menunaikan segala janji yang ditabur.

    Katanya penduduk dari ladang berkenaan sudah serik “ditipu” berkali-kali.

    “Kami tak nak ditipu sekali lagi dengan janji-janji kosong pemimpin politik. Kami ada lebih 500 undi di kawasan ini.

    “Jika nak undi kami, calon perlu menandatangani SD yang kami sediakan dan mereka perlu menunaikan perkara-perkara yang disebut dalam dokumen berkenaan selepas menang,” katanya kepada Malaysiakini.

    Menurut Vasudevan, 500 pengundi terbabit datang dari Ladang Nigel Gardner, Ladang Bukit Tagar, Ladang Mary, Ladang Minyak dan Ladang Sungai Tinggi.

    Katanya, perkara-perkara yang terkandung dalam SD yang disediakan bukanlah rekaan penduduk ladang, sebaliknya himpunan janji-janji yang dibuat oleh pemimpin politik sebelum ini.

    Malaysiakini turut melihat sampel SD tersebut.

    Antara perkara yang dibangkitkan ialah pembinaan rumah teres kos rendah untuk 245 pekerja dari lima ladang tersebut yang dirancang di atas di atas tapak seluas 20 ekar tanah diberikan Berjaya Corp Bhd pada 2019.

    Mereka juga mahu Adun yang menang nanti hanya akan berurusan dengan jawatankuasa penduduk yang sah serta mendapat mandat daripada pekerja-pekerja ladang, bukannya kroni atau wakil parti politik dan majikan.

    Selain itu, mereka mahu Adun Kuala Kubu Bharu memastikan tidak ada pengusiran paksa ke atas pekerja ladang dan bekas pekerja sehingga perumahan tetap dibina.

    ALSO READ:  Tiada sambutan rasmi ambang tahun baru di N Sembilan - MB

    Kata Vasudevan sebelum ini mereka telah mengadakan perjumpaan dengan hampir semua pihak termasuk kerajaan Negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang dihadapi.

    “Tetapi sehingga sekarang masih tidak ada penyelesaian,” katanya.

    Pilihan raya kecil di Kuala Kubu Bharu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong yang memenangi kerusi tersebut sejak 2013.

    Esok merupakan hari penamaan calon. Setakat ini PH-BN dan PN sudah mengumumkan calon masing-masing.

    Parti kerajaan mempertaruhkan pegawai kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, sebagai calon mereka iaitu Pang Sock Tao.

    Dia bakal berdepan cabaran pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut, sebagai wakil PN.

    Difahamkan, pembinaan rumah untuk 245 keluarga di kelima-lima ladang itu masih belum dapat dibina meskipun tapak telah disediakan oleh bekas majikan.

    Alasan yang diberikan atas kelewatan tersebut ialah peruntukan dana tidak mencukupi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts