Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTangkapan udang kurang tiada kaitan penambakan Pulau Silikon - LKIM

    Tangkapan udang kurang tiada kaitan penambakan Pulau Silikon – LKIM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Data daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menunjukkan bahawa tiada kaitan yang konsisten antara jumlah tangkapan udang dengan kerja penambakan Pulau Silikon di George Town.

    Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil mengatakan bahawa data yang dikumpul di pusat-pusat pengisytiharan ikan di negara ini menunjukkan trend turun naik jumlah tangkapan udang di kawasan penambakan dan tiada dapatan saintifik yang membuktikan bahawa kerja penambakan itu telah menjejaskan hasil tangkapan laut.

    “Sebagai contohnya, data dari Pusat Pengisytiharan Ikan LKIM Teluk Kumbar yang menjadi pusat utama bagi nelayan di Sungai Batu, jumlah tangkapan udang telah mengalami turun naik sebelum bermulanya aktiviti penambakan.

    “Ini terutamanya pada awal September dan Oktober 2023 iaitu serentak dengan permulaan penambakan dijalankan, terdapat peningkatan ketara dalam tangkapan udang iaitu mencecah 3,381.07 kilogram (kg) dan 4,725.7 kg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Gambar fail, bantahan nelayan tempatan dan kumpulan alam sekitar terhadap projek penambakan.

    Beliau menyatakan bahawa pada Disember 2023, hasil tangkapan udang kekal tinggi iaitu melebihi 4,000 kg, lebih banyak berbanding jumlah pendaratan udang sebelum penambakan dimulakan.

    Beliau juga menyatakan bahawa kekurangan kawasan tangkapan akibat pelaksanaan projek itu tidak menjejaskan sumber ikan di laut memandangkan nelayan Zon A di Negeri ini boleh pergi ke laut lebih dalam yang menjanjikan hasil lebih tinggi.

    “LKIM yakin pendapatan nelayan boleh dipertingkatkan bagi mengubah taraf sosioekonomi mereka jika terdapat usaha bersepadu termasuk kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan pemodenan bot kepada nelayan yang terjejas akibat projek ini,” katanya.

    Berkaitan dengan itu, Muhammad Faiz meminta kerajaan Negeri untuk memberikan perhatian dalam aspek tersebut termasuk membesarkan bot nelayan, memodenkan peralatan dan meningkatkan kemahiran dengan insentif modal serta latihan.

    “LKIM juga menyarankan sesi libat urus antara kerajaan Negeri dan golongan nelayan terbabit dipertingkatkan supaya penyelesaian menang-menang dapat dicapai untuk kepentingan nelayan dan kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

    ALSO READ:  Jururawat Britain dihukum penjara seumur hidup bunuh tujuh bayi

    Sebelum ini, Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI) mendakwa bahawa terdapat penurunan ketara dalam kadar tangkapan terutamanya udang besar sejak penambakan dimulakan pada bulan September lepas.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts