Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Tanya kami jika masalah masih tak selesai di KKB'

    ‘Tanya kami jika masalah masih tak selesai di KKB’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | SA Vigneswaran berkata masyarakat India di Kuala Kubu Bharu boleh bertanya kepada MIC jika masalah yang dihadapi mereka masih berpanjangan selepas calon PH menang dalam pilihan raya kecil minggu depan.

    Kata Presiden MIC itu, mereka boleh memberikan keyakinan kepada parti berkenaan dan sedia bertanggungjawab andainya isu yang dihadapi mereka tidak diselesaikan nanti.

    “Saya sebagai Presiden MIC datang ke sini dan meminta mereka mengundi PH. Jika PH menang dan masalah-masalah di sini masih tak selesai, saya beritahu kamu, boleh tanya juga kami.

    “Kami akan sampaikan masalah mereka kepada kerajaan,” katanya di hadapan lebih 200 penduduk di majlis keagamaan Hindu di Kuil Rettai Muniswarar, Kerling, hari ini.

    Majlis itu turut dihadiri calon kerajaan perpaduan, Pang Sock Tao, yang berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat KKB, jika diberikan mandat pada 11 Mei ini.

    Terdahulu, Vigneswaran berkata bahawa pengundi India perlu menyokong PH sebelum meminta kerajaan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sekarang.

    “Ini adalah satu peluang kepada kita bahawa dengan menyokong calon PH ia akan memberi kuasa yang lebih kepada wakil rakyat India (di Selangor). Dengan itu mereka boleh minta kerajaan menyelesaikan masalah yang dihadapi kaum India.

    “Jangan menggunakan PRK ini untuk nak ‘mengajar’ kerajaan. Nanti yang rugi adalah kita sendiri,” katanya.

    Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara itu juga meminta pengundi di Kuala Kubu Bharu supaya tidak terikut-ikut dengan kempen dibawa pihak tertentu termasuk yang datang dari luar.

    “Jangan dengar cakap pemimpin yang sebelum ini berada dalam DAP dan selepas tak dapat kerusi (menjadi calon), memberitahu bahawa parti itu tak betul dan sebagainya.

    ALSO READ:  Lihat saya, ingat Salahuddin - Nazri

    “Orang luar datang sini minta undi PN atau jangan undi PH, tapi apa yang mereka boleh buat jika PN menang? Mereka bukan kerajaan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts