Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTaqiuddin tawar diri jadi timbalan ketua Pemuda Amanah

    Taqiuddin tawar diri jadi timbalan ketua Pemuda Amanah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Pemuda Amanah Johor, Taqiuddin Cheman, hari ini menawarkan diri untuk dipilih sebagai calon timbalan ketua Pemuda Amanah nasional.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Taqiuddin berkata beliau membuat keputusan itu selepas mendapatkan pendapat dari rakan-rakannya di seluruh negara.

    Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah meneliti gagasan Arah Baru Pemuda yang dibawa oleh salah satu calon ketua sayap Amanah pada masa ini dan bersetuju untuk menyertai gerakan tersebut.

    “Setelah menyelidik dengan teliti tujuh teras Arah Baru Pemuda, berbincang dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan dari seluruh negara, saya telah membuat keputusan untuk menyertai gerakan tersebut”

    “Oleh itu, hari ini saya menawarkan diri untuk dipilih sebagai timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional,” katanya.

    Amanah akan mengadakan kovensyen tahunannya di Klang, Selangor pada 23 dan 24 Disember ini. Sebelum itu, Pemuda Amanah akan bersidang pada 16 Disember dan mengadakan pengundian.

    Pemilihan kali ini menarik perhatian apabila tiga nama sudah menawarkan diri untuk dipilih sebagai ketua iaitu penyandang yang juga anggota Dewan Negara, Hasbie Muda; Exco Pemuda Amanah Nasional merangkap Ketua Komunikasi Amanah Perak, Azhar Rahman; dan Ketua Pemuda Amanah Selangor yang juga Adun Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid.

    Gagasan Arah Baru Pemuda kini digerakkan oleh Azhar.

    Taqiuddin pernah berkhidmat sebagai Adun Pulai Sebatang dalam kawasan parlimen Pontian selama satu penggal, melalui PRU ke-14. Apabila PRU ke-15 diadakan, beliau menjadi calon PH di kawasan Dewan Undangan Negeri Mahkota.

    Taqiuddin, 35 tahun, bagaimanapun kalah kepada calon BN, Sharifah Azizah binti Syed Zain.

    Kata Taqiuddin, pengundian Amanah kali ini harus menjadi platform untuk parti tersebut mengangkat pasukan anak muda yang lebih segar, berani serta progresif bagi memperkukuhkan kekuatan organisasi menghadapi PRU akan datang.

    ALSO READ:  ULASAN | Pemain industri harus bersama dukung naratif baru ekonomi

    Pemuda Amanah, katanya, harus menampilkan barisan pemimpin yang kompeten dan lantang sebagai pemuka parti, selain menjadi tunjang utama perjuangan mereka.

    “Untuk mencapai tujuan itu, bakat-bakat muda sama ada lama atau baru yang memiliki cita-cita serta kesedaran yang tinggi wajar diangkat untuk menggalas tanggungjawab bersama,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts