Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTarif air di Pahang tak naik sejak 40 tahun lalu

    Tarif air di Pahang tak naik sejak 40 tahun lalu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengumuman kerajaan untuk menaikkan tarif air disifatkan oleh kerajaan Pahang sebagai sangat tepat pada masanya selepas perbincangan diadakan dengan semua kerajaan Negeri.

    Hal itu kerana, kata Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, sudah 40 tahun kadar tarif air di Negeri itu tidak disemak semula.

    “Semua Negeri terlibat dan Pahang ni dah 40 tahun tak naik tarif air.

    “Kadar sekarang 37 sen, akan naik kepada 78 sen,” katanya ketika ditemui di Kuantan hari ini.

    Walaupun mengalami kenaikan ketara, Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang akan memberikan subsidi atau bantuan kepada kumpulan B40 bagi meringankan beban mereka.

    Wan Rosdy yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pagi tadi berkaitan pelarasan tarif air mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik mulai bulan depan.

    Menurut SPAN, berdasarkan TSM struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk Negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Tarif air itu akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

    Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, hari ini dilaporkan berkata, tarif baru air itu tidak dapat dielakkan bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan dan memastikan bekalan berterusan.

    Menurutnya, kenaikan 22 sen yang ditetapkan itu adalah purata jumlah kenaikan bagi setiap 1,000 liter air yang digunakan.

    Akmal turut menyarankan semua kerajaan Negeri dan operator perkhidmatan air meneruskan inisiatif sedia ada bagi meminimumkan impak peningkatan tersebut kepada pengguna khususnya kategori domestik.

    Ini termasuklah memberikan bantuan subsidi atau rebat kepada pengguna yang kurang berkemampuan seperti golongan B40 atau golongan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih.

    ALSO READ:  Nasi kandar lauk babi bebas dijual pada bukan Islam - mufti

    Pelarasan tarif air itu menyaksikan bayaran untuk Pahang akan berubah daripada 37 sen bagi 18 meter padu pertama kepada 78 sen untuk 20 meter padu pertama.

    Ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan Negeri akan memperoleh penambahan pendapatan susulan pelarasan berkenaan, Wan Rosdy berkata, ia akan digunakan untuk menaik taraf perkhidmatan bekalan air di Pahang.

    “Kita akan perhalusilah, saya pun belum dapat apa-apa maklum balas lagi… belum bincang lagi dengan CEO Paip (Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Bhd),” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts