Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTelco diarah tingkat kelajuan Internet sempena hari kebangsaan

    Telco diarah tingkat kelajuan Internet sempena hari kebangsaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) diberi arahan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet di lokasi sambutan hari kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini, kata Setiausaha Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Mazlan Abd Mutalib.

    Mazlan yang juga Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berkata capaian Internet yang baik merupakan elemen penting dalam penganjuran acara penting kalendar negara bagi memastikan kelancaran kerja petugas.

    “Kita tak mahu kerja-kerja petugas terganggu sebab Internet ada masalah. Talian Internet merupakan satu perkara yang sangat penting,” katanya kepada Bernama selepas meninjau persiapan sambutan tersebut di Dataran Putrajaya hari ini.

    Dia berkata difahamkan beberapa syarikat telco mula memasang pemancar telemomunikasi di lokasi yang ditetapkan di Dataran Putrajaya dan sedang menguji kelajuan capaian rangkaian Internet masing-masing.

    Katanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan memantau keadaan bagi perkhidmatan Internet baik pada hari tersebut.

    Dalam pada itu, Mazlan berkata dia berpuas hati dengan tahap persiapan logistik dan teknikal yang kini mencapai 90 peratus.

    Bagi para pengunjung pada 31 Ogos, Mazlan berkata, terdapat perkhidmatan bas percuma, parkir percuma, 100 tandas mudah alih dan 4,000 tempat duduk bertingkat disediakan.

    Turut memeriahkan acara ialah lebih 100 gerai di sekitar Dataran Putrajaya untuk kemudahan pengunjung membeli makanan dan minuman.

    Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan manakala logo Malaysia Madani diangkat sebagai logo rasmi sambutan.

    Ini kali kelima sambutan hari kebangsaan diadakan di Putrajaya. Sebelum ini, Putrajaya menjadi lokasi sambutan yang sama pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts