Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTelco tandangani perjanjian pemilikan ekuiti DNB dalam masa terdekat - Fahmi

    Telco tandangani perjanjian pemilikan ekuiti DNB dalam masa terdekat – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Semua syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini akan menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) mengenai pemilikan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Beliau berkata pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara dapat dipercepatkan dengan penglibatan telco dalam SSA syarikat yang ditubuhkan kerajaan bagi memacu pembangunan rangkaian 5G negara.

    Katanya, liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencecah 68.8 peratus setakat 31 Ogos lepas, dan dijangka mencapai 80 peratus menjelang hujung tahun ini. “Paling lewat (untuk mencecah 80 peratus) mungkin pada Januari (tahun hadapan) jika semua berjalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sungai Klang, di Kuala Lumpur semalam.

    Pada 21 Julai lalu, Fahmi berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile, dan YTL Communications akan memuktamadkan rundingan pemilikan saham dalam DNB, sekali gus menyokong pembangunan rangkaian 5G negara.

    Dalam pada itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan mengingatkan semua pihak untuk tidak menggunakan retorik yang menyentuh sensitiviti 3R iaitu agama, bangsa, dan institusi diraja ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai nanti.

    Katanya, keputusan PRK bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor, semalam, memihak kepada gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), yang memenangi kedua-dua kerusi itu, menunjukkan retorik sedemikian tidak lagi diterima pengundi.

    “Sudah-sudahlah memainkan retorik perkauman sempit. Kita fokus kepada perpaduan dan usaha membangunkan negara,” katanya.

    PRK DUN Pelangai diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar, dan Teknologi Pahang, akibat nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

    ALSO READ:  'EV bukan acah-acah mesra alam, lagi baik dari kereta petrol'

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini, manakala 3 Okt sebagai hari mengundi awal dan penamaan calon pada 23 Sept ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts