Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Friday, July 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlines'Teliti semula jika kedudukan istimewa memang manfaatkan bumiputera'

    ‘Teliti semula jika kedudukan istimewa memang manfaatkan bumiputera’

    -

    Shopee CNY Sale

    Seorang ahli parlimen PKR menggesa Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang bakal diadakan untuk meneliti jika kedudukan istimewa bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu.

    Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim juga mempersoalkan jika dasar afirmastif sebenarnya telah “dirampas dan dimanipulasi” segelintir golongan elit bumiputera.

    “…(Adakah ia) benar-benar telah menolong ekonomi bumiputera atau sebaliknya telah dirampas, dimanipulasi oleh segelintir kelas berkuasa elit bumuputera di Semenanjung dan di Sabah serta Sarawak untuk kayakan diri mereka sendiri, keluarga mereka,sahabat handai dan kapitalis-kapitalis kroni mereka sendiri?” soalnya dalam kenyataan semalam.

    Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyatakan berkenaan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi “kedudukan istimewa” orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak, termasuk dalam soal kuota untuk pendidikan, biasiswa, kedudukan dalam perkhidmatan awam, serta permit dan lesen perniagaan.

    Pada masa sama, perkara itu turut menyatakan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga “kepentingan sah kaum-kaum lain”.

    Kenyataan Hassan itu selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata KEB 2024 akan bersifat lebih inklusif.

    Lihat kembali dasar berasaskan kaum

    Menurut Hassan, kongres itu bukan saja perlu meneliti semula kedudukan istimewa bumiputera, tetapi turut melihat kembali dasar berasaskan kaum.

    “Adakah sudah sampai masanya KEB, yang bersifat inklusif menurut Anwar itu, membincang dan merumuskam bahawa soal pembangunan ekonomi rakyat tidak wajar diselesaikan dengan dasar berasaskan kaum atau pembahagian belah bagi bumiputera atau bukan bumiputera, tetapi berasaskan pembahagian kelas kehidupan dan keperluan rakyat?

    “Segelintir kelas atasan yang disebut sebagai golongan T10 misalnya terdiri daripada semua kaum. Sesetengah mereka ini golongan terlampau kaya daripada golongan billionaire atau maha jutawan.

    ALSO READ:  Nasa accidentally broadcasts simulation of distressed astronauts on space station

    “Manakala golongan bawahan B60 adalah kelas bawahan yang (juga) terdiri daripada semua kaum. Jika dikaji tentang golongan miskin tegar, maka kita dapati di dalamnya ada bukan sahaja rakyat miskin bumiputera tetapi juga ramai rakyat miskin India dan Orang Asli,” katanya lagi.

    Justeru, dia berkata KEB seharusnya memberi tumpuan kepada golongan B60 – iaitu majoriti rakyat yang memerlukan bantuan dan sokongan ekonomi – jika kongres itu benar-benar ingin bersifat inklusif.

    Katanya lagi, rakyat daripada pelbagai kaum dan agama memerlukan pekerjaan berpendapatan tinggi, kos sara hidup yang tidak menindas, perkhidmatan kesihatan yang baik, pendidikan yang bermutu serta jaringan keselamatan kewangan di hari tua.

    “Jadi, KEB yang berjaya nanti akan menghasilkan dasar keadilan ekonomi untuk semua rakyat tanpa mengira bumiputera atau bukan bumiputera, dan tentu sekali pada akhirnya akan menghasilkan keadilan sosial untuk semua.

    “Keadilan ekonomi dan sosial merentas kaum akan mewujudkan kepercayaan dan keyakinan rakyat bahawa kerajaan sekarang yang dipanggil kerajaan perpaduan dan falsafah Madaninya berada di landasan yang betul dalam mewujudkan satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu,” katanya lagi.

    KEB 2024 dijadual berlangsung mulai 29 Februari hingga 2 Mac ini.

    Kongres bumiputera terakhir

    Terdahulu, Anwar menyuarakan harapan agar kongres itu akan mendapat kerjasama dan sokongan masyarakat Cina dan India bagi membantu menangani masalah kemiskinan.

    Hassan mengalu-alukan matlamat keterangkuman itu namun berharap ia tidak akan membincangkan “hal-hal retorik”, sebaliknya menyentuh perkara yang substantif demi kepentingan masyarakat bumiputera dan juga bukan bumiputera secara keseluruhan.

    “Saya berharap KEB nanti menjadi kongres ekonomi bumiputera yang terakhir.

    “Selepas itu kita masih boleh mengadakan kongres ekonomi (tetapi) dengan jenama baru, yang dipanggil kongres ekonomi warga Malaysia. Adakah impian ini boleh dicapai?” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts