Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Teman sejati, memori jadi satu-satunya pelajar bukan Melayu di sekolah’

    ‘Teman sejati, memori jadi satu-satunya pelajar bukan Melayu di sekolah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KISAH MUHIBAH | Bulan lalu Malaysiakini mengundang pembaca berkongsi kisah persahabatan atau perhubungan yang merentasi batasan kaum dan agama.

    Inilah kisah mereka, dengan ungkapan mereka sendiri:

    Belajar hidup bersama

    Kisah Sean Liaw, 18 tahun (gambar di atas)

    Saya satu-satunya pelajar berbangsa Cina di sekolah menengah saya selama lima tahun, dari hari pertama berdaftar sehingga hari terakhir SPM. 

    Selama lima tahun tersebut, saya tinggal di sekolah berasrama ini bersama rakan-rakan Melayu saya. Memang sukar untuk saya menyesuaikan diri tapi selepas setahun, semuanya bagus belaka. 

    Mereka semua amat baik hati dan ada keinginan untuk belajar dan memahami perbezaan budaya antara saya dan mereka. 

    Pengalaman sekolah menengah saya memang luar biasa, tapi ia pengalaman yang amat berharga. 

    Kawan-kawan saya memang ‘legend’. Saya akan mengingati memori ini sepanjang hidup.

    Cikgu kami ajar perbezaan itu indah

    Kisah Tay Yi Jie, 11 tahun

    Di Malaysia, negara berbilang budaya, kita dapat mengalami bagaimana interaksi dan keterangkuman (inclusivity) antara pelbagai budaya. Ia sesuatu yang sangat indah. 

    Guru Bahasa Malaysia saya adalah seorang Melayu. Melaluinya, saya dan rakan sekelas saya mengenali keindahan komunikasi silang budaya. 

    Dia mengajar kami dengan sepenuh hati dan memastikan setiap orang dalam kelas kami memahami apa yang diajarnya. 

    Dia merakamkan detik gembira ini ketika sambutan Hari Guru. Ia menjadi kenangan yang dikongsi bersama. 

    Macam mana ikat samping?

    Kisah Ivan Seow, 28 tahun

    Dalam satu acara, saya memakai Baju Melayu untuk kali pertama, merasa agak kekok, terutamanya dengan samping. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengendalikannya. 

    Untungnya, seorang peniaga Melayu menyedari ketidakselesaan saya dan mendekati saya dengan penuh mesra untuk menawarkan bantuan. 

    ALSO READ:  Logo di tapak kasut: Polis terima 8 laporan - IGP

    Pada saat itu, saya sedar inilah keindahan kepelbagaian Malaysia.


    Kami ada kisah muhibah tersendiri? Hantar pada [email protected]. Kisah terpilih akan menerima langganan percuma Malaysiakini selama sebulan. Butiran lanjut di sini.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts