Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTembakan di KLIA: Polis elak lebih ramai cedera

    Tembakan di KLIA: Polis elak lebih ramai cedera

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keselamatan orang ramai menjadi pertimbangan utama polis semasa pihak berkuasa terbabit berdepan dengan penembak Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) semalam.

    Ketua Polis Selangor Hussein Omar berkata kerana faktor itu pihaknya terpaksa mengambil langkah berhati-hati dan mengelak daripada tindakan drastik.

    Berdasarkan keadaan ketika itu, katanya, mungkin ada lebih ramai mangsa akan tercedera jika polis bertindak membalas tembakan lelaki terbabit.

    “Dia melepaskan tembakan di kawasan umum ada ramai orang awam, termasuk kanak-kanak.

    “Sebab itu lebih baik kita (polis) keluarkan dia dari kawasan itu dan selamatkan orang awam (daripada risiko terkena tembakan).

    “Itu kaedah terbaik berbanding kita engage (membalas tembakan) dengan suspek yang bersenjata api,” katanya pada sidang media di KLIA di Sepang pagi ini.

    Hussein juga menjelaskan tindakan segera yang diambil oleh polis dan pasukan keselamatan KLIA adalah yang terpantas dan terbaik pada pandangannya.

    Pegawai tertinggi polis Selangor itu berkata demikian sebagai menjawab persoalan mengapa pihak berkuasa tidak membalas tembakan yang dilepaskan suspek yang sebelum itu mencederakan seorang pengawal peribadi isterinya.

    Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi semalam seorang lelaki cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan suspek, dikenali sebagai Hafizul Marawi.

    Suspek berusia 38 tahun itu dipercayai cuba menembak isterinya namun sempat diselamatkan pengawal peribadi terbabit.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts