Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTembakan di KLIA: Polis Perlis tingkat kawalan sempadan

    Tembakan di KLIA: Polis Perlis tingkat kawalan sempadan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Perlis meningkatkan kawalan dan pemantauan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di lorong-lorong tikus untuk memastikan suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi tidak meloloskan diri dari negara ini.

    Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata pihaknya melakukan koordinasi dengan Bukit Aman dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi tujuan kawalan dan pemantauan.

    “Kita buat pemantauan di jalan-jalan masuk dan di garisan sempadan terutama lorong tikus…juga elemen lain untuk bantu Bukit Aman mengesan suspek,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi kepada isterinya.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilapor berkata polis telah melancarkan operasi mengesan suspek selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan Negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejaknya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts