Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTempoh jel Najib dikurangkan: Penjelasan perlu, kata Noor Amin

    Tempoh jel Najib dikurangkan: Penjelasan perlu, kata Noor Amin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan perlu memberi penjelasan berhubung keputusan pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib Razak.

    Pengerusi PH Perlis, Noor Amin Ahmad, berkata pihaknya mengakui badan terbabit mempunyai hak memberi pertimbangan permohonan pengampunan, sama seperti keluarga bekas perdana Menteri terbabit yang dibenarkan membuat rayuan.

    “Itu prosedur yang ada sejak sekian lama.

    “Sama ada kita bersetuju atau tidak dengan keputusan lembaga terbabit, itu perkara kedua.

    “Saya percaya kebebasan memberi pandangan tentang keputusan tersebut mesti dijamin,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Bekas ahli parlimen Kangar itu juga berkata tidak sedikit keputusan badan pengadilan yang dipersoalkan orang ramai dari semasa ke semasa.

    Noor Amin Ahmad

    “Saya setuju lembaga patut memberi penjelasan asas kenapa keputusan (rayuan Najib) diambil, sama seperti asas penghakiman perundangan yang dibuat di mahkamah,” katanya.

    Semalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan tempoh pemenjaraan Najib dipendekkan dari 12 tahun kepada enam tahun. Denda yang ditetapkan mahkamah sebelum ini – RM210 juta – juga dikurangkan menjadi RM50 juta.

    Dengang pengurangan itu Najib dijangka boleh meninggalkan penjara pada Ogos 2028. Bagaimanapun dia perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama setahun jika gagal melunaskan denda berkenaan.

    Pada masa sama Noor Amin berkata adalah tidak wajar dan berbahayakan jika ada pihak menganggap pengaruh politik patut masuk campur menentukan keputusan pengampunan itu bagi menyebelahi kemahuan seseorang.

    Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid Ali berkata Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa perlu memberi penjelasan berhubung nasihat diberikan kerajaan dalam mesyuarat lembaga pengampunan yang diadakan pada 29 Jan lalu.

    Rafique Rashid Ali

    “Kerajaan ini tidak lagi perlu laung slogan hendak tangkap jerung-jerung, (golongan) maha kaya, Tun-Tun, yang salah guna kuasa kerana kerajaan ini sendiri meraikan secara terbuka Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) dalam 47 kes dan bantu bekas Presiden Umno yang telah disabit salah jatuh hukuman.

    ALSO READ:  Puad: Muhyiddin tak letak jawatan bila PN kalah teruk di Johor, Melaka

    “Rakyat mahu tahu apa nasihat kerajaan melalui Menteri Wilayah yang duduk dalam lembaga pengampunan. Sokong atau bantah,” katanya.

    Dakwa Rafique, kini ada dua sistem bagi negara ini sejak Anwar Ibrahim serta Umno menjadi kerajaan.

    “Sekiranya ada pangkat, ada nama, ada harta dan sokong PMX (Anwar) semua boleh. Yang selainnya tidak penting.

    “Sah reformasi kini reformati,” katanya dalam kenyataan media.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts