Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTeo tak tolak ada 'tangan ghaib' cuba cetus isu 3R

    Teo tak tolak ada ‘tangan ghaib’ cuba cetus isu 3R

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama platform media sosial telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata daripada jumlah itu, ucapan kebencian berkaitan agama merupakan yang tertinggi dengan 727 kandungan diikuti berkaitan kaum (588) dan institusi diraja (139).

    “Pada tahun lepas, MCMC telah menurunkan sebanyak 1,633 kandungan berkaitan 3R dan pada tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 1,454 kandungan 3R telah dibawa turun, angka ini amat membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sawit di sini hari ini.

    Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata pecahan statistik kandungan berkaitan 3R yang paling tinggi dikesan adalah menerusi Facebook dengan 731 diikuti aplikasi TikTok (705); aplikasi X (sembilan); YouTube (lima) dan Telegram (empat).

    Ketua Wanita DAP itu juga menyuarakan kebimbangan bahawa kes terbabit akan meningkat pada bulan depan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu bulan depan.

    “Kebiasaannya pada proses pilihan raya seperti PRU (Pilihan Raya Umum), PRN (Pilihan Raya Negeri) atau PRK, hantaran mengenai 3R ini lebih kerap dibangkitkan, harap perkara ini tidak berlaku pada PRK Kuala Kubu Baharu.

    “Ada sesetengah pemilik akaun dipercayai akaun palsu atau ‘tangan ghaib’ dengan sengaja mencetuskan kemarahan dan kebencian dengan memuat naik kandungan berkaitan 3R,” katanya.

    Oleh itu, beliau menasihati orang ramai agar menjadi pengguna yang bijak dan tidak terpengaruh dengan isu-isu 3R dimainkan pihak terbabit.

    Mengenai pertemuan pihak Kementerian Komunikasi dan MCMC dengan syarikat konglomerat Meta Platforms Inc (Meta) esok, beliau berkata tujuannya bagi membincangkan isu aspek keselamatan dalam talian.

    ALSO READ:  Bantuan kepada penduduk Palestin tidak cukup - PBB

    Katanya, perbincangan itu antaranya akan menyentuh tentang 3R, selain mereka yang berumur 13 tahun ke bawah tidak akan dibenarkan membuka akaun dalam media sosial antaranya aplikasi TikTok.

    Terdahulu, Teo menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada SJKC Sawit untuk membaiki mozek di kantin sekolah yang rosak.agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata daripada jumlah itu, ucapan kebencian berkaitan agama merupakan yang tertinggi dengan 727 kandungan diikuti berkaitan kaum (588) dan institusi diraja (139).

    “Pada tahun lepas, MCMC telah menurunkan sebanyak 1,633 kandungan berkaitan 3R dan pada tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 1,454 kandungan 3R telah dibawa turun, angka ini amat membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sawit di sini hari ini.

    Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata pecahan statistik kandungan berkaitan 3R yang paling tinggi dikesan adalah menerusi Facebook dengan 731 diikuti aplikasi TikTok (705); aplikasi X (sembilan); YouTube (lima) dan Telegram (empat).

    Ketua Wanita DAP itu juga menyuarakan kebimbangan bahawa kes terbabit akan meningkat pada bulan depan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu bulan depan.

    “Kebiasaannya pada proses pilihan raya seperti PRU (Pilihan Raya Umum), PRN (Pilihan Raya Negeri) atau PRK, hantaran mengenai 3R ini lebih kerap dibangkitkan, harap perkara ini tidak berlaku pada PRK Kuala Kubu Baharu.

    “Ada sesetengah pemilik akaun dipercayai akaun palsu atau ‘tangan ghaib’ dengan sengaja mencetuskan kemarahan dan kebencian dengan memuat naik kandungan berkaitan 3R,” katanya.

    Oleh itu, beliau menasihati orang ramai agar menjadi pengguna yang bijak dan tidak terpengaruh dengan isu-isu 3R dimainkan pihak terbabit.

    ALSO READ:  Exco: Bekalan air Selangor mencukupi untuk sembilan bulan

    Mengenai pertemuan pihak Kementerian Komunikasi dan MCMC dengan syarikat konglomerat Meta Platforms Inc (Meta) esok, beliau berkata tujuannya bagi membincangkan isu aspek keselamatan dalam talian.

    Katanya, perbincangan itu antaranya akan menyentuh tentang 3R, selain mereka yang berumur 13 tahun ke bawah tidak akan dibenarkan membuka akaun dalam media sosial antaranya aplikasi TikTok.

    Terdahulu, Teo menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada SJKC Sawit untuk membaiki mozek di kantin sekolah yang rosak.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts