Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesTerengganu tiada hasrat tukar nama Pasar Kedai Payang

    Terengganu tiada hasrat tukar nama Pasar Kedai Payang

    -

    Shopee CNY Sale

    Kerajaan Terengganu tidak mempunyai hasrat untuk menukar nama Pasar Kedai Payang, menurut kenyataan daripada Menteri besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.

    Pada masa yang sama, Samsuri menyatakan bahawa kerajaan Negeri akan terus berusaha menjadikan pasar tersebut sebagai pasar utama Terengganu yang menjadi tumpuan aktiviti pelancongan.

    “Kerajaan Terengganu tidak mempunyai sebarang niat untuk mengubah nama Pasar Kedai Payang kepada nama lain.

    “Ini disebabkan kerana nama Pasar Kedai Payang mempunyai sejarah, budaya, dan tradisi yang unik serta rapat di hati rakyat Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Tindakan ini berikutan cadangan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk menamakan semula Pasar Payang 1 yang dijangka akan beroperasi sebelum Hari Raya Aidilfitri ini kepada Central Market@Pasar Payang.

    Nga menyatakan bahawa dengan penamaan semula ini, Pasar Payang 1 akan menjadi pusat penjualan barangan kesenian dan budaya, manakala Pasar Payang 2 akan terus beroperasi sebagai pasar harian.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts