Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTeresa bengang Wee minta k'jaan selesaikan kes kemalangan LRT

    Teresa bengang Wee minta k'jaan selesaikan kes kemalangan LRT

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melahirkan rasa terkejut dan berang terhadap gesaan Presiden MCA Wee Ka Siong agar kerajaan menyelesaikan kes saman difailkan seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tren LRT tiga tahun lalu.

    Kok mengingatkan Wee ialah Menteri pengangkutan ketika kejadian dan mempersoalkan mengapa dia tidak menyelesaikan kes terbabit ketika itu.

    “Saya terkejut dengan kenyataan keterlaluan Wee yang menggesa kerajaan “melakukan perkara yang berperikemanusiaan” dan menyelesaikan tuntutan mahkamah yang dibawa oleh Florence Lee, wanita mangsa perlanggaran LRT di Kuala Lumpur tiga tahun lalu.

    “Adakah dia lupa dia adalah Menteri pengangkutan ketika kemalangan itu? Adakah Wee sendiri mengatakan bahawa dia tidak berperikemanusiaan?

    “Mengapa Wee tidak menggunakan kedudukan menterinya, yang mungkin paling berkesan, dalam menawarkan untuk melakukan perkara yang “paling berperikemanusiaan”,

    sedangkan dia mempunyai kuasa dan peluang penuh?” kata Kok.

    Perlanggaran yang berlaku pada Mei 2021 di laluan Kelana Jaya itu menyebabkan 213 cedera, 47 daripadanya parah.

    Semalam Wee meminta kerajaan tidak menyusahkan Lee dengan memaksa dia menanggung kos perundangan sementara menunggu kes itu ibawa ke mahkamah empat tahun lagi.

    Kok berkata Wee membuat kenyataan bersifat hipokrit, dan lebih teruk lagi, tidak berlaku jujur.

    “Tindakan beliau sekarang adalah seperti nak lepas tangan.

    “Mungkin peguam mangsa wanita itu perlu membuat representasi kepada pihak berkuasa, yang saya pasti akan dilihat dengan penuh simpati,” tambahnya.

    Dalam respons kepada Wee, Prasarana Malaysia Bhd berkata ia telah “meneroka secara aktif resolusi yang adil” dengan mereka yang terlibat melalui syarikat insurans, Allianz General Insurance Company Bhd.

    Ia setakat ini telah memberikan bantuan kewangan kepada 90 individu penumpang yang terlibat dalam kemalangan itu meliputi yuran rawatan perubatan dan kaunseling.

    ALSO READ:  Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi

    Syarikat itu juga mendakwa telah berjaya menyelesaikan tuntutan secara baik.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts