Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTeresa boleh datang Langkawi, tak pakai apa pun tak apa - Suhaimi 

    Teresa boleh datang Langkawi, tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) cuba mempertahankan kerajaan Kedah daripada dakwaan mengenakan kod etika pakaian kepada pelancong.

    Bagaimanapun, kenyataannya mencetuskan kontroversi lain apabila mengundang Teresa Kok (PH-Seputeh) ke pulau perananginan itu tanpa pakaian.

    “Saya nak jemput khusus kepada Seputeh, YB Seputeh datang tak mahu pakai apa pun tak apa,” katanya.

    Sebelum itu Kok memintanya mengesahkan sama ada benar pelancong tidak dibenarkan memakai seluar pendek di kawasan bawah pentadbiran kerajaan PAS itu.

    Teresa Kok

    Timbalan Speaker Alice Lau Kiong Yieng kemudian mengarahkan perbahasan dihentikan atas alasan masa sudah tamat.

    Suhaimi bagaimanapun menuding kembali kepada Kok kerana dia yang bertanya berkaitan pemakaian seluar pendek di Langkawi terlebih dahulu.

    Chong Zhemin (PH-Kampar) kemudian meminta Suhaimi menarik balik kenyataan itu.

    Dia berkata memang tidak sesiapa boleh berbogel di pantai kerana perkara itu melanggar undang-undang.

    “Tak pakai apa-apa pergi Langkawi itu langgar undang-undang.

    “Mana boleh tak pakai apa-apa, bogel,” katanya.

    Kok juga kemudian membidas Suhaimi sebagai lucah dan mempunyai “fikiran kurang bersih”.

    Lau kemudian mencelah dan meminta semua orang duduk dan tidak membazir masa parlimen.

    Baru-baru ini Menteri Pelancongan Tiong King Sing ketika di parlimen mendakwa terdapat pelancong mengadu kepada kementeriannya berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa pegawai kerajaan tertentu di Langkawi yang mengganggu pelancong mengenai etika berpakaian dan pengambilan alkohol.

    Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun menyangkal dakwaan terdapat larangan itu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts