Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTeresa ingatkan MP PAS: Dulu PAS pernah hidang bak kut teh halal

    Teresa ingatkan MP PAS: Dulu PAS pernah hidang bak kut teh halal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Teresa Kok (PH-Seputeh) hari ini mengingatkan seorang ahli parlimen PAS berkenaan langkah parti itu yang pernah menghidangkan bak kut teh halal ketika beberapa pilihan raya kecil (PRK) enam tahun lalu.

    Menjawab kritikan Salamiah Mohd Nor (PAS-Temerloh) berkenaan pewartaan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan negara, kok mengingatkan yang Lajnah Perpaduan Nasional PAS pernah menyediakan ‘lamb but teh’ dan ‘chik kut teh’ – yang menggunakan daging kambing dan ayam.

    “Saya tak pasti jika Temerloh (Salamiah) pernah sertai penerangan media oleh sayap Muslimat PAS kerana dia lantang (kritik) bak kut teh sebagai manakan warisan.

    “Saya harap pemimpin muda dalam kerajaan boleh belajar dengan pemimpin Musliamt PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang romosi bak kut teh halal sebagai usaha memupuk perpaduan nasional,” kata Kok ketika berucap dalam perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

    Sebelum itu, Salamiah berkata dia terkejut apabila hidangan itu disenaraikan dalam makanan warisan negara, menyifatkannya sebgai menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia memandangkan Islam adalah agama persekutuan.

    Teresa Kok

    Dia juga meminta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing memberi penjelasan berkenaan perkara itu, selain berkata ada banyak makanan lain yang boleh diterima semua kaum yang boleh dimasukkan ke dalam senarai itu.

    Mengulas lanjut, Kok menyokong keputusan untuk mengangkat hidangan itu sebelum Singapura berbuat demikian.

    “Kalau kita tidak membuat tuntutan yang bak kut teh adalah makanan warisan yang dicipta warga Malaysia, negara jiran kita akan membuat tuntutan mereka dan pelancong luar tidak akan sedar yang ia adalah makanan berasal dari Klang,” katanya.

    Selain itu, dia berkata langkah itu juga untuk menarik kedatangan pelancong, khususnya dari Asia Timur, dengan Malaysia turut bersaing dengan negara lain di Asia Tenggara untuk menarik pelancong dari sana.

    Salamiah Mohd Nor

    Memetik statistik oleh Persatuan Pelancongan Cina Malaysia, Kok berkata lebih 100,000 pelancong dari China telah melawat Malaysia sejak 5 Februari lalu, menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

    ALSO READ:  Antonio Tajani elected leader of Forza Italia

    “Dalam tempoh ini, ada 5,000 kumpulan pelancongan dan pelancong-pelancong ini telah membelanjakan RM1 bilion hingga RM1.5 bilion di negara kita,” katanya lagi.

    Menurutnya lagi, antara tarikan Malaysia di kalangan pelancong China adalah masyarakat yang pelbagai budaya dan bahasa serta kepelbagaian makanan.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts