Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata dia kini dalam tempoh berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor, sebelum kembali bertugas.
Dia yang juga Menteri kemajuan desa dan wilayah memaklumkan perkembangan itu menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
“Alhamdulilah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan saya selepas menjalani pembezahan tempoh hari.
“Seperti yang dinasihatkan oleh doktor, saya dalam tempoh berehat sebelum kembali bertugas.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta menempatkan kita semua dalam rahmat dan kasihnya,” katanya.
Dia juga melampirkan gambarnya yang sedang tersenyum.
Presiden Umno itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai jenis pembezahan yang dilaluinya.
Ahad lalu, anak Ahmad Zahid, Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembezahan Khamis lepas.