Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 2, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Test of A King' kisah kebijaksanaan Sultan Abdullah kemudi negara

    ‘Test of A King’ kisah kebijaksanaan Sultan Abdullah kemudi negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melancarkan e-buku bertajuk Test of A King di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.

    Acara ringkas berlangsung di Singgahsana Kecil, di mana Seri Paduka mengimbas Kod QR untuk membolehkan buku 66 muka surat itu dibaca melalui telefon pintar.

    Buku tersebut membincangkan tentang kebijaksanaan dan dedikasi baginda dalam mengharungi serta mengemudi negara melalui pelbagai cabaran selain ketidaktentuan politik.

    Nukilan buku ini diterbitkan oleh Penasihat Undang-Undang Yang di-Pertuan Agong Datuk Abdul Rahman Putra Taha dan Penolong Pegawai Undang-Undang Istana Negara Zulharry Abdul Rashid, serta mempamerkan koleksi penulisan tiga pakar perundangan negara.

    Antara bab-bab yang termuat ialah bab satu bertajuk The Constitutional Position of His Majesty The Yang di-Pertuan Agong oleh pakar perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

    Sementara bab dua yang bertajuk The King Who Calmed The Storm Through The Rule of Law ditulis oleh bekas Presiden Badan Peguam Malaysia (2011-2013) Datuk Lim Chee Wee.

    Selain itu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif juga menyumbangkan bab tiga bertajuk Appointment of PM8 to PMX.

    Abdul Rahman menyatakan bahawa pihaknya mengambil kira-kira lapan bulan untuk menyiapkan e-buku ini, dan bercadang untuk menerbitkan versi bercetak selepas ini.

    E-buku ini boleh didapati secara percuma di pautan https://drive.google.com/file/d/1mbAfAdIXzRylqciJ1qiHeLSyaLxmRPpi/view?usp=drivesdk

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,238FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts