Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesT'ganu perlu wakil rakyat sebaris kerajaan pusat untuk semak imbang - Johari

    T’ganu perlu wakil rakyat sebaris kerajaan pusat untuk semak imbang – Johari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terengganu perlu mempunyai wakil rakyat yang sebaris dengan blok kerajaan pusat bagi membolehkan fungsi semak dan imbang dijalankan serta membawa suara rakyat di Negeri itu ke peringkat Persekutuan dengan lebih efektif.

    Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata peluang itu boleh direalisasikan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Dis ini.

    “Kita perlu ada keseimbangan…kerana sudahlah DUN (Dewan Undangan Negeri) kosong, Parlimen kosong, jadi bagi satu untuk kita sama-sama bagi kebaikan kepada rakyat.

    “Di Parlimen kadang-kadang ada isu yang kita nak bangkitkan, kita bekerjasama dengan banyak Ahli Parlimen untuk kita berkongsi isu…tetapi dari Terengganu ini kita tak ada, kalau dapat (PRK) ini kan bagus, kita sama-sama berusaha naikkan isu dalam Parlimen supaya bila ada bajet setiap tahun, kita boleh bawa masalah yang kritikal dalam kawasan ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan tinjauan mesra bersama Raja Mohamed Affandi serta melawat penduduk di kawasan perumahan di Kampung Bakau Tinggi, di Chukai hari ini.

    PRK Kemaman menyaksikan Raja Mohamed Affandi berdepan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

    Mengenai kempen, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata pendekatan yang diambil Raja Mohamed Affandi untuk bertemu masyarakat menunjukkan peluang positif kerana diterima baik oleh rakyat Kemaman.

    “Saya nampak gerak kerja, pendekatan masyarakat terhadap Tan Sri (Raja Mohamed Affandi) ini amat bagus, mereka boleh terima, mereka tak nampak beliau sebagai pure politician, beliau seorang bekas Panglima (Angkatan Tentera) tetapi sangat merendah diri, kita boleh beri kepercayaan dan bawa isu-isu di Terengganu.

    ALSO READ:  Man shoots down drone ‘harassing’ him during burglary investigation, US feds say

    “Saya ambil kesempatan merayu kepada pengundi Kemaman untuk beri peluang kepada Tan Sri (Raja Mohamed) Affandi ini kerana beliau mempunyai bakat untuk membantu kita, paling tidak bagi pihak Terengganu yang tiada wakil rakyat kerajaan,” katanya.

    Beliau berkata Raja Mohamed Affandi mempunyai banyak pengalaman dalam negara serta tidak asing kepada penduduk Kemaman dan sekiranya terpilih menjadi Ahli Parlimen pasti akan memberi pulangan balik kepada masyarakat di kawasan Parlimen itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts