Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesThaksin pulang ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan

    Thaksin pulang ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas 15 tahun hidup dalam buangan, bekas perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, tiba di Thailand pada Selasa. Pada hari yang sama, sidang Parlimen mengundi perdana Menteri baharu.

    Thaksin, 74 tahun, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang pada pukul 9 pagi waktu tempatan. Beliau menggunakan pesawat persendirian yang berlepas dari Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

    Bersama dengan anak lelaki dan anak perempuannya, termasuk Paetongtarn, yang merupakan salah satu daripada tiga calon perdana Menteri dari Parti Pheu Thai, Thaksin meletakkan jambangan bunga di hadapan gambar Raja Maha Vajiralongkorn di luar bangunan terminal.

    Sebelum masuk ke dalam bangunan itu semula, Thaksin telah melambai kepada ahli keluarga, penyokong, dan media yang berkumpul di luar bangunan terminal.

    Polis dijangka akan menahan Thaksin dan membawanya ke Mahkamah Agung untuk perbicaraan lewat hari ini.

    Penyokong Thaksin yang memakai baju merah telah berkumpul di luar terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang untuk mengalu-alukan kepulangan bekas perdana Menteri tersebut. Mereka juga memegang sepanduk untuk memperlihatkan sokongan mereka.

    Tokoh utama dan Ahli Parlimen dari Parti Pheu Thai turut berada di terminal untuk menyambut ketibaan Thaksin.

    Sebelum ini, bekas perdana Menteri Yingluck Shinawatra telah berkongsi hantaran dan video di Facebooknya yang memaparkan Thaksin diiringi menaiki pesawat.

    Melalui hantaran itu, Yingluck menyampaikan ucapan selamat kepada Thaksin yang telah pulang ke tanah air. Beliau turut berharap agar Thaksin selamat dan sihat selalu.

    Menurut jurucakap Pejabat Kehakiman, Sorawis Limparangsi, Mahkamah Agung akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes tersebut, termasuk butiran pertimbangan mahkamah terhadap kes tersebut.

    Thaksin, yang menjadi perdana Menteri dari tahun 2001 hingga 2006, telah hidup dalam buangan sejak tahun 2008. Beliau menghabiskan sebahagian besar masa di Dubai selepas kerajaannya digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin.

    ALSO READ:  Bomba selamatkan 38 murid, enam guru tabika terperangkap banjir kilat

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts