Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesThomas Fann lepas jawatan pengerusi Bersih

    Thomas Fann lepas jawatan pengerusi Bersih

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Thomas Fann telah meletak jawatan sebagai pengerusi Bersih.

    Dalam kenyataan ringkas hari ini, Fann berkata, dia telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Bersih.

    Katanya, sebab perletakan jawatan telah diperincikan dalam surat kepada jawatankuasa pemandu (SC) dan NGO-NGO yang berkaitan dengan badan pemantau pilihan raya itu.

    “Bagi memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar, saya masih kekal sebagai pengerusi selama dua bulan, atau kurang sehingga pengerusi baru dilantik.

    “Saya komited dengan pelepasan jawatan yang lancar ini.

    “Sepanjang tempoh bertindak sebagai pengerusi sementara, saya tidak terlibat dengan sebarang keputusan kewangan dan dasar utama Bersih,” kata Fann.

    Tambahnya, dia juga tidak akan melayan sebarang temu bual lagi atau menjawab sebarang soalan daripada media atas kapasiti pengerusi atau bagi pihak Bersih.

    Fann mengambil alih jawatan pengerusi Bersih daripada Maria Chin Abdullah pada Okt 2018.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts