Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada aduan BAP dipotong kali ini, kata Wong

    Tiada aduan BAP dipotong kali ini, kata Wong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiada aduan atau laporan yang diterima mengenai pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh pihak sekolah sejak BAP tersebut diagihkan di seluruh negara bermula 10 Januari yang lalu.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, mengatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa bantuan sebanyak RM150 bagi setiap pelajar perlu diterima oleh ibu bapa atau pelajar itu sendiri dengan tujuan untuk meringankan beban persediaan persekolahan.

    “Sebelum ini, KPM pernah menerima aduan mengenai penolakan BAP atas alasan pembayaran yuran dan lain-lain. Namun untuk tahun ini, tiada aduan yang diterima dan KPM telah memberikan arahan yang jelas kepada semua sekolah untuk memastikan bahawa bantuan sebanyak RM150 itu sampai kepada penerima yang sepatutnya,” katanya.

    Wong memberitahu hal ini dalam satu sidang media selepas merasmikan majlis penyerahan Cek Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy, Ipoh hari ini.

    Beliau turut menyerahkan BAP berjumlah RM48.8 juta kepada Pengarah Pendidikan Perak, Muhamad Fauzi Mahson, untuk disalurkan kepada 325,162 murid di 1,104 sekolah di Negeri tersebut.

    Wong juga berharap penyaluran BAP berjalan lancar sehingga tarikh akhir proses pada 10 Februari ini.

    Pada 16 Oktober tahun lepas, KPM telah mengumumkan bahawa sebanyak RM788 juta diperuntukkan melalui BAP yang memberi manfaat kepada 5.25 juta murid di seluruh negara.

    Bantuan yang diberikan secara sekali bayar itu disalurkan melalui sekolah dan diterima oleh ibu bapa pelajar secara tunai atau dimasukkan terus ke dalam akaun masing-masing.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts