Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada diskriminasi, semua perkhidmatan perubatan alternatif kena SST

    Tiada diskriminasi, semua perkhidmatan perubatan alternatif kena SST

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua perkhidmatan perubatan alternatif yang dikawal selia oleh Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 6 peratus.

    Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying memberitahu Malaysiakini bahawa undang-undang itu merangkumi perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, perubatan Islam, homeopati dan terapi komplementari.

    Malaysiakini difahamkan perkhidmatan perubatan yang dikawal selia di bawah Akta Perubatan 1971 dikecualikan daripada SST kerana ia diiktiraf sebagai perkhidmatan awam.

    Baru-baru ini, terdapat kekecohan susulan pengeluaran pekeliling oleh bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan, yang mengingatkan pengamal tentang kewajipan mereka untuk mengutip 6 peratus dalam SST jika memenuhi ambang.

    Pekeliling itu juga mengingatkan pengamal perkhidmatan sedemikian berhubung program pendedahan sukarela bagi mereka yang mempunyai cukai tertunggak yang berkaitan sejak SST diperkenalkan semula pada 2018, selain turut mengingatkan SST akan meningkat kepada 8 peratus mulai Mac 2024.

    Lim menjelaskan bahawa SST hanya terpakai untuk perkhidmatan perubatan dan bukannya jenis produk lain yang ditawarkan oleh penyedia ubat alternatif.

    “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan pengamal (perubatan tradisional Cina) tidak mencapai ambang perolehan RM500,000, jadi mereka tidak terjejas,” katanya.

    Bagi mencapai ambang itu, jika penyedia perkhidmatan perubatan alternatif mencapai hasil RM500,000 dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, mereka dikehendaki melaporkan status mereka kepada pihak berkuasa cukai dalam bulan berikutnya. Selepas itu, mereka akan dikehendaki mengutip SST.

    Lim berkata dia difahamkan ramai pengamal perubatan tradisional Cina mengambil berat tentang SST dan dia sedang mengatur mesyuarat untuk mereka bertemu pegawai Kementerian Kewangan bagi memastikan terdapat kejelasan.

    Keputusan Putrajaya untuk meneruskan dasar SST ke atas pengamal perubatan alternatif dibidas oleh Presiden MCA Wee Ka Siong sebagai satu bentuk diskriminasi.

    ALSO READ:  Kes Covid-19 meningkat 57.3 peratus pada 19 hingga 25 Nov

    Wee berkata rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat telah mendapat manfaat daripada terapi alternatif dan beberapa hospital awam juga menyediakan perkhidmatan sedemikian. Selain itu, dia berkata perubatan alternatif juga menjadi subjek penyelidikan di universiti di seluruh dunia.

    “Secara ringkasnya, perubatan tradisional cina merupakan salah satu cabang perkhidmatan yang telah diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    “Kesihatan rakyat adalah keutamaan kita. Saya berharap kerajaan akan terus memberikan pengecualian SST untuk perubatan tradisional dan komplementari, sebagaimana pengecualian telah diberikan untuk perubatan moden,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts