Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada dwistandard siasatan portal salah lapor titah Sultan Pahang - Fahmi

    Tiada dwistandard siasatan portal salah lapor titah Sultan Pahang – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Komunikasi memberi jaminan tidak akan ada sebarang aspek dwistandard bagi siasatan terhadap sebuah portal susulan laporan tidak tepat membabitkan titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata kementerian akan bersikap adil dan sebarang bentuk tindakan hanya akan diambil berpandukan kepada keputusan siasatan.

    Beliau berkata kes itu perlu dijadikan satu pengajaran dan pada masa sama, etika kewartawanan perlu ditingkatkan bagi mengelakkan kesilapan sama berulang pada masa hadapan.

    “Episod ini perlu dijadikan satu pengajaran dan disebabkan itu, penglibatan beberapa pihak termasuk MPI (Institut Akhbar Malaysia) dan IPPTAR (Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak) sangat signifikan bagi tujuan (meningkatkan etika),” katanya ketika ditemui pemberita di Angkasapuri di Kuala Lumpur hari ini.

    Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Sultan Pahang menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal bertajuk “Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS” yang disiarkan Jumaat lepas.

    Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang Mej Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata baginda bertitah laporan itu ternyata bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana tidak harmoni dalam masyarakat.

    Beliau berkata baginda turut mengingatkan semua pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik untuk meneliti serta memperhalus setiap berita sebelum membuat interpretasi yang boleh menyimpang atau tersasar daripada maksud sebenar.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts