Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesTiada habuan, sokongan pada Anwar ikhlas - MP Bukit Gantang

    Tiada habuan, sokongan pada Anwar ikhlas – MP Bukit Gantang

    -

    Shopee CNY Sale

    Ahli-ahli Parlimen Bersatu yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian secara rela hati tanpa dipengaruhi sebarang unsur pujukan atau habuan, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

    Menurutnya mereka mengambil keputusan itu setelah menyedari tidak ada apa-apa perkara yang boleh memanfaatkan rakyat di kawasan masing-masing setelah setahun mereka menjadi pembangkang.

    Beliau berkata adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk melemparkan tuduhan kononnya mereka disogok untuk memberikan sokongan kepada Anwar terutamanya pada sesi Dewan Rakyat.

    “Janganlah cuba mewujudkan suasana tidak stabil, sama ada dari segi politik, tuduhan dan sebagainya. Jangan guna Parlimen sebagai tempat untuk melangsungkan politik tanpa asas. Parlimen adalah tempat kita berbincang untuk membantu membangunkan negara dalam ketidaktentuan global ketika ini.


    “Kita hormati kenyataan sesiapa sahaja, cuma tuduhan dilemparkan di Parlimen adalah tidak benar, fitnah semata-mata, kerana sokongan kepada Anwar adalah ikhlas. Isu semalam yang dibawa tidak betul,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

    Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam yang mendakwa ada pihak tertentu menjanjikan habuan kepada sesiapa yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

    Syed Abu Hussin berkata ahli-ahli Parlimen Bersatu yang terlibat bersedia berhadapan sebarang tindakan termasuk mengosongkan kerusi masing-masing jika pindaan Perlembagaan parti itu yang dijangka dilakukan dalam masa terdekat, melarang mereka memberi sokongan kepada Anwar.


    “… bagi kami yang sudah beri sokongan, kami akan tengok dahulu pindaan berkenaan dan kalau dibawa ke mahkamah kami cabar,” katanya.

    ALSO READ:  Wisma Putra kesal Nota Diplomatik kedutaan di Maghribi disebar

    Selain Syed Abu Hussin, lima lagi Ahli Parlimen Bersatu turut menyatakan sokongan kepada Anwar sebelum ini iaitu Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

    – Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,180FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts