Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada laporan 3R diterima sepanjang kempen di KKB - IGP

    Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen di KKB – IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) berlangsung.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil pemantauan polis mendapati tiada isu sensitif dibangkitkan mana-mana pihak pada kempen berkenaan selain daripada isu pembangunan.

    “Dari segi keselamatan, kebanyakan anggota dan pegawai memang sudah biasa mengurus dan menyusun atur keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali bagi pengundi dan petugas pilihan raya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di Hulu Selangor hari ini.

    Kempen PRK KKB bermula pada 27 April lepas iaitu selepas pengisytiharan calon bertanding, dan tamat pada 11.59 malam tadi.

    Razarudin berkata 190 permit kempen telah diluluskan kepada parti dan individu yang bertanding pada PRK berkenaan.

    PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

    – Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts