Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada laporan babitkan isu 3R sepanjang PRN - Timb IGP

    Tiada laporan babitkan isu 3R sepanjang PRN – Timb IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Tiada sebarang laporan membabitkan isu 3R (Bangsa, Agama dan Raja) yang diterima berlaku di sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

    Beliau menyatakan bahawa kesalahan yang paling banyak dikesan di sepanjang PRN ini adalah berkaitan dengan kesalahan khianat.

    “PDRM paling banyak menerima laporan mengenai kesalahan khianat seperti kerosakan poster, fitnah, flash mob atau perhimpunan tanpa permit polis.

    “Sebanyak 131 siasatan pelbagai kesalahan PRN telah dibuka di enam negeri dan 1,770 laporan polis telah diterima sehingga waktu malam tadi,” katanya dalam sidang media khas selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Klang Gate di DUN Hulu Kelang, hari ini.

    Ayob Khan menyatakan bahawa setakat ini proses pengundian di enam negeri adalah terkawal dan tiada sebarang insiden berlaku.

    “Orang ramai diminta untuk keluar mengundi awal hari ini kerana adanya ketidakpastian cuaca, selain itu juga untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas serta patuh kepada arahan-arahan polis yang bertugas di pusat-pusat pengundian,” katanya.

    Sumber: Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts