Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada laporan kenaikan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan

    Tiada laporan kenaikan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kenaikan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan harga bagi bahan mentah itu bermula Rabu lepas.

    Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pemantauan pasukan penguatkuasa kementerian itu sehingga semalam mendapati ayam standard di Semenanjung dijual pada harga serendah RM5.79 per kilogram (kg).

    “Bagaimanapun ada juga yang dijual sedikit tinggi sehingga RM10.50 per kg seperti di Mentakab, Temerloh serta Pasar Awam Matang, Perak dan pasukan penguat kuasa sentiasa memantau perkara itu kerana kita mengambil pendekatan libat urus dengan peniaga, bukannya terus mengambil tindakan perundangan.

    “Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, saya mendapat arahan terus daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turun memantau harga di sana kerana beliau mendapat makluman harga ayam lebih mahal berbanding Semenanjung,” katanya kepada pemberita dalam sidang media Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, di Kajang hari ini.

    Armizan berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati situasi di Sabah sedikit unik memandangkan ayam bersih super lebih popular di Negeri itu berbanding ayam standard.

    “Jadi memang harganya (ayam super) mahal sedikit berbanding ayam biasa dengan paling murah dijual pada harga RM10 dan boleh mencecah RM13.90 per kg, namun hakikatnya harga itu pun lebih rendah daripada harga kawalan di Sabah dahulu iaitu RM11.30 per kg.

    Beliau berkata harga ayam bersih di Sarawak pula boleh didapati pada serendah RM9.90 per kg namun mencecah RM18.90 di beberapa kawasan seperti Lawas dan Limbang kerana desakan kos logistik.

    Pada masa sama katanya KPDN turut melakukan intervensi menerusi penganjuran Jualan Rahmah dan Agro Madani di kawasan yang berdepan isu bekalan ayam dan harga.

    ALSO READ:  Tarif air baru di Terengganu berkuat kuasa 1 Feb

    “Namun saya nak maklum juga hakikatnya dari dahulu lagi harga ayam di Semenanjung memang lebih murah berbanding Sabah, Sarawak dan Labuan atas beberapa faktor dan untuk menyelesaikan ketidakseimbangan harga ini pastinya memerlukan sedikit masa dan kerjasama kerajaan Negeri,” katanya.

    Sementara itu, mengulas laporan media berkaitan harga barangan keperluan asas meningkat sehingga 64 peratus di Pulau Pinang, Armizan berkata KPDN memantau rapi isu itu dan telah mengeluarkan tiga notis maklum balas kepada peniaga meminta penjelasan punca harga dinaikkan pada kadar kurang wajar.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts