Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada laporan terhadap Akmal berkait gambar pedang, kata IGP

    Tiada laporan terhadap Akmal berkait gambar pedang, kata IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiada laporan dibuat terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berhubung catatannya di Facebook yang memaparkan gambarnya menghunus sebilah pedang tradisional Jepun, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

    Dia mengulas soalan Senator Ti Lian Ker di Dewan Negara, semalam mengenai mengapa Adun Merlimau itu belum disiasat kerana menghasut.

    Razarudin Husain

    Razarudin dipetik oleh portal FMT sebagai berkata, polis hanya akan memulakan siasatan sekiranya laporan dibuat.

    Pada 14 Mac lalu, Akmal memuat naik gambarnya menghunus sebilah pedang, sehari selepas kedai serbaneka KK Mart didapati menjual stoking yang tertera kalimah Allah.

    “Walau apapun yang menimpa, kami tidak akan berganjak dengan pendirian kami. Biar mati berdiri daripada hidup melutut,” katanya sambil melampirkan gambarnya menghunus pedang samurai yang diambil semasa lawatan ke Jepun baru-baru ini.

    Susulan kekecohan itu, KK Mart memohon maaf kepada semua pelanggannya khususnya masyarakat Islam dan mengesahkan tindakan segera telah diambil untuk menghentikan penjualan stokin berkenaan.

    Akmal bagaimanapun terus mendesak agar rangkaian kedai serbaneka itu diboikot.

    Ti semasa perbahasannya di Dewan Negara juga menimbulkan perbezaan layanan polis terhadap Akmal berbanding siasatan ke atas veteran DAP Lim Kit Siang tahun lepas, ketika dikaitkan dengan ucapannya kepada pelajar Malaysia di Manchester yang menyentuh tentang kemungkinan orang bukan Melayu menjadi perdana Menteri Malaysia.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts