Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesTiada peningkatan aras radioaktif di perairan negara - Atom M'sia

    Tiada peningkatan aras radioaktif di perairan negara – Atom M’sia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan negara dikesan ketika ini susulan pelepasan air terawat oleh kerajaan Jepun dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik, kata Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia).

    Atom Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memandang berat kerisauan rakyat dan memantau tahap keradioaktifan perairan negara dengan rapi menerusi agensinya Atom Malaysia.

    Menurut agensi itu, MOSTI menerusi Atom Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Eropah telah melakukan pemasangan Gamma Spectrum Water Monitoring Station untuk memantau sebarang peningkatan aras keradioaktifan secara “masa nyata” di perairan negara sebagai pengesanan amaran awal.

    Badan kawal selia tenaga atom di Malaysia itu berkata data dari stesen itu dipantau 24 jam dan tujuh hari seminggu di Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (NCNRM), Ibu Pejabat Atom Malaysia di Dengkil, Selangor

    “Berdasarkan pemantauan semasa oleh Atom Malaysia, tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan negara dikesan pada ketika ini daripada aktiviti berkenaan,” katanya.

    Atom Malaysia berkata ia sentiasa menjadikan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai rujukan utama dalam melakukan aktiviti kawal seliaan dan dalam kes di Jepun itu, dan IAEA membuat kesimpulan bahawa pendekatan serta aktiviti untuk melepaskan air yang dirawat Advanced Liquid Processing Systems (ALPS) adalah konsisten dengan piawaian keselamatan antarabangsa.

    Menurut Atom Malaysia, IAEA dalam dapatannya melaporkan bahawa pelepasan air terawat ke laut adalah terkawal, dilakukan secara berperingkat dan mempunyai kesan radiologi yang boleh diabaikan kepada manusia dan alam sekitar.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts